Spesifikasi, Harga Asus Zenfone Zoom di Malaysia

Asus Zenfone Zoom telah diperkenalkan oleh Asus beberapa minggu lepas iaitu awal bulan Januari 2015 ini. Jom tengok lebih detail tentang spesifikasi dan harga Asus Zenfone Zoom di Malaysia. Asus Zenfone Zoom ini mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan Zenfone 2 tetapi dengan sedikit kelainan dan upgrade terutama dari segi fotografi.

Spesifikasi, Harga Asus Zenfone Zoom di Malaysia

Asus Zenfone Zoom didatangi dengan 5.5 inci saiz skrin dengan Full HD display (403ppi). Smartphone ini menggunakan sistem Android terbaru iaitu Android 5.0 Lollipop dan dikuatkuasakan dengan 2.3GHz Quad-Core processor dengan Cip Intel Atom Z3580. Zenfone Zoom mempunyai 16GB/32GB/64GB/128GB memori simpanan dan pengguna juga boleh mendapatkan tambahan memori melalui microSD card sehingga 64GB.

Keistimewaan Asus Zenfone Zoom ialah dari segi fotografi di mana Smartphone ini dilengkapkan dengan laser autofocus dan sokongan Optical Zoom sebanyak 3x dan fungsi lain seperti Optical Image Stabilization, dan dual-LED Flash. Zenfone Zoom menggunakan 13MP (megapixels) camera dan 5MP camera di bahagian depan.

Asus Zenfone Zoom Specifications:

  • 5.5 inch Smartphone
  • OS Android 5.0 Lollipop
  • 2.3GHz Quad-Core processor
  • Intel Atom Z3580 Chipset
  • 16GB/32GB/64GB/128GB memory storage
  • microSD card slot (up to 64GB)
  • 13 MP camera (Laser Autofocus, Optical Stabilization Image, 3x Optical Zoom, Dual-LED Flash, etc)
  • 5MP secondary camera
  • WLAN, Bluetooth, GPS, microUSB
  • No radio
  • 3000 mAh battery
  • Weight, 185g

Asus melancarkan Asus Zenfone Zoom untuk mensasarkan pengguna yang berminat untuk menangkap/merakam gambar atau fotografi menggunakan Smartphone. Secara amnya, Asus Zenfone Zoom mempunyai spesifikasi yang sama dengan Zenfone 2 kecuali bahagian kamera dan juga feature kamera yang lebih canggih.

Asus Zenfone Zoom akan dilancarkan pada bulan Mac nanti dan harga Asus Zenfone Zoom di Malaysia adalah diramalkan dalam lingkungan RM1500 ke bawah. Kemaskini akan dibuat mengenai harga Asus Zenfone Zoom di Malaysia apabila Smartphone ini dipasarkan di Malaysia nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *