Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia

Apa Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia? Apa itu sekolah berasrama penuh? Sekolah berasrama penuh ialah sekolah yang biasanya terdiri daripada pelajar yang mendapat cemerlang melalui peperiksaan awam seperti UPSR dan PT3 (PMR). Biasanya pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh perlu memohon untuk ke sekolah tersebut ataupun mendapat surat tawaran.

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia

Sekolah berasrama penuh ini bukan bermaksud semua pelajar tinggal di asrama. Jangan silap sebab tidak semesti pelajar wajib tinggal di asrama malah kadang-kadang pelajar harian lagi ramai daripada pelajar asrama di sekolah asrama penuh. Sekolah Berasrama Penuh menyediakan sistem pembelajaran dan jadual untuk para pelajar yang telah dirancang dengan teliti dan sempurna. Ini merupakan salah satu kelebihan sekolah berasrama penuh.

Kemasukan ke sekolah berasrama penuh hanya terbuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja. Dengan kata lain, jika pelajar ingin memasuki sekolah berasrama penuh, pelajar hanya boleh memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 sahaja. Kelayakan pelajar untuk masuk ke sekolah berasrama penuh ialah melalui keputusan UPSR untuk kemasukan ke Tingkatan 1 atau keputusan PT3 (PMR) untuk kemasukan ke Tingkatan 4.

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (Form 1):

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan aktif
  • Mendapat 5A dalam UPSR, atau
  • 4A 1B dan aktif kokurikulum (eg. wakil negeri) atau
  • 3A 2B untuk pelajar dari keluarga miskin
  • Kriteria yang lain juga dipertimbangkan jika ada sebab yang munasabah

Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (Form 4):

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan PT3 (dulu dikenali sebagai PMR), tidak termasuk subjek Bahasa Ketiga/Antarabangsa
  • Mendapat Gred A dalam matapelajaran Matematik dan Sains serta minimum B untuk matapelajaran lain
  • Aktif kokurikulum
  • Bagi Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A untuk Pendidikan Islam dan minimum Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab
  • Kriteria yang lain juga dipertimbangkan jika ada sebab yang munasabah

Tarikh Semakan permohonan ke sekolah berasrama penuh biasanya selepas 27 hari keputusan UPSR dan boleh disemak di laman web moe.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *