Syarat Modifikasi, Pengubahsuaian Kereta dan Kelulusan JPJ

Tahukah anda akan peraturan syarat modifikasi kereta atau pengubahsuaian kereta yang memerlukan kelulusan JPJ dan juga tidak perlukan kelulusan JPJ? Kami yakin pasti agak ramai antara anda yang minat mengubahsuai atau modified kereta atau motosikal anda bukan? Setiap orang pasti inginkan sesuatu kelainan dan kepuasan sendiri untuk kereta mereka. Oleh itu, tidak perlu hairan kalau seseorang itu sanggup menghabiskan banyak duit untuk keretanya sahaja disebabkan minat.

Jika anda salah seorang dikalangan mereka yang berminat dan suka modified atau melakukan pengubahsuaian kereta, anda mungkin perlu tahu sama ada ubahsuai kereta yang anda lakukan itu perlukan kelulusan daripada JPJ atau tidak. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ubahsuai kereta yang boleh dilakukan dan ada diantaranya boleh dibuat tanpa perlukan kelulusan daripada pihak JPJ dan ada juga yang perlukan kelulusan daripada JPJ. Selain itu, anda juga kena tahu jenis ubahsuai yang dilarang atau tidak dibenarkan oleh JPJ bagi megelakkan anda dikenalan saman atau denda di kemudian hari.

Syarat Modifikasi Kereta Pengubahsuaian Kereta dan Kelulusan JPJ

MODIFIKASI ATAU PENGUBAHSUAIAN KERETA YANG TIDAK PERLUKAN KELULUSAN JPJ (JABATAN PENGANGKUTAN JALAN)

  1. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
  2. Pemasangan para bumbung
  3. Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
  4. Pemasangan sun roof di atas bumbung
  5. Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
  6. Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet kereta atau reka bentuk kereta
  7. Pemasangan spoiler udara di bahagian belakang dan hadapan
  8. Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada lampu kereta.
  9. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
  10. Pemasangan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
  11. Pemasangan lampu brek tambahan (warna merah) atau lampu penunjuk arah (warna amber)
  12. Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (warna kuning dan putih) di bahagian depan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada
  13. Penggunaan cermin berwarna gelap atau penampalan berwarna di bahagian atas cermin hadapan sebanyak 20% peratus dari lebarnya dan di cermin tingkap sukuan

MODIFIKASI ATAU PENGUBAHSUAIAN KERETA YANG PERLUKAN KELULUSAN JPJ (JABATAN PENGANGKUTAN JALAN)

  1. Menukar enjin kereta
  2. Pengubahsuaian atau modified ke atas sistem brek
  3. Pengubahsuaian atau modified ke atas sistem steering
  4. Pengubahsuaian atau modified dari kereta saloon kepada kereta convertible
  5. Pengubahsuaian atau modified ke atas bes roda kenderaan
  6. Pengubahsuaian atau modified ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
  7. Pengubahsuaian atau modified ke atas sistem bahan api
  8. Tukar warna kereta
  9. Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
  10. Pengubahsuaian atau modified ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.

Syarat Modifikasi Kereta Pengubahsuaian Kereta dan Kelulusan dari JPJ

MODIFIKASI ATAU PENGUBAHSUAIAN KERETA YANG MELANGGAR PERATURAN DAN TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ (JABATAN PENGANGKUTAN JALAN)

  1. Pemasangan lampu berwarna ungu, hijau ataupun biru
  2. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian belakang atau hadapan kereta
  3. Pemasangan hon yang berirama ataupun hon dengan dua nada bunyi
  4. Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
  5. Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya adalah padakurang dari 70%

Semoga entri ini sedikit sebanyak boleh membantu anda mengetahui tentang syarat modifikasi atau pengubahsuaian kereta yang boleh dilakukan tanpa kelulusan JPJ, perlukan kelulusan JPJ dan juga modifikasi yang tidak dibenarkan oleh JPJ. Jika anda melakukan pengubahsuaian kereta, jangan mengabaikan aspek safety dan juga jangan melanggar peraturan ubahsuai kereta sebab jika anda buat juga, maka anda harus bersedia untuk dikenakan saman kereta di kemudian hari.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *