10 Tanda Orang Betul-Betul Sayangkan Kita Atau Tidak

Bagaimana untuk mengetahui tanda orang betul-betul sayangkan kita atau tidak? Apa tanda-tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya? [Kakipromo.Com] Kita mungkin masih was-was sama ada dia betul-betul sayangkan kita ataupun dia mungkin kekasih tidak serius dalam perhubungan. lebih teruk lagi jika dia hanyalah seorang lelaki playboy atau perempuan playgirl.

Kadang-kadang, kita akan dapat mengetahui sama ada seseorang itu sayangkan kita atau tidak melalui tingkahlaku dan gerak-gerinya terhadap kita. Di bawah ialah sepuluh tanda orang betul-betul sayangkan kita atau tidak, sama ada tanda lelaki sayangkan perempuan ataupun tanda perempuan sayangkan lelaki:

Tanda Orang Betul-Betul Sayangkan Kita Atau Tidak

Selalu Membuatkan Kita Gembira
Orang yang sayangkan kita akan sentiasa ada modal untuk membuatkan kita berasa gembira. Dia inginkan kita selalu happy supaya kita dapat melupakan masalah yang kita hadapi. [Sajaheboh.com] Dia akan rasa sedih jika melihat kita sedih dan sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati kita.

Terima Kita Seadanya
Orang yang sayangkan kita akan menerima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Jia anda menemui orang yang sudi menerima segala kekurangan anda, jangan lepaskan dia sebab takut anda akan menyesal suatu hari nanti.

Ambil Berat dan Selalu Bertanya Tentang Kita [Sajaheboh.Com]
Si dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya untuk berbual-bual dengan kita.

Ketahui 10 Tanda Orang Betul-Betul Sayangkan Kita Atau Tidak

Suka Pandang Kita
Orang yang sukakan kita memang suka pandang kita setiap masa. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. [ Sajaheboh.Com]Dia juga suka pandang tepat kearah mata kita apabila bercakap dengan kita. ainlah kalau dia bencikan kita,jangankan hendak berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu kan.

Marah Bila Kita Buat Salah
Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut, tapi marah dengan tegur kita dengan nada seperti marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

Suka Bermanja-manja
Orang yang sayangkan kita biasanya suka bersikap manja dengan kita. Itu juga merupakan cara dia menunjukan bahawa dia selesa bersama dengan kita dan wujud perasaan sayang pada diri kita.

Tidak Curang Dengan Kita
Lagi antara tanda orang betul-betul sayangkan kita sepenuh hati ialah dia tidak akan pernah memasang niat untuk curang dalam percintaan. Bagi mereka andalah segala-galanya dan mereka tidak akan terpikat dengan kekasih lain yang lebih hensem/cantik walaupun digoda.

10 Tanda Orang Betul-Betul Sayangkan Kita Atau Tidak

Suka Usik Kita Terutama Bila Kita Bosan
Apabila kita berasa bosan, dia akan cuba banyak cara untuk menghilangkan rasa bosan kita seperti mengusik kita. Juga kita kita bosan, dia memang suka usik dan bergurau dengan kita dan kebosanan kita akan hilang dengan sendirinya. [Sajaheboh.com]

Cemburu Bila Kita Dekat Dengan Orang Lain
Anda mesti pernah dengar orang kata cemburu tandanya sayang. Kalau tidak cemburu maknanya tidak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah berasa cemburu apabila melihat kita mesra dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Cemburu itu tidak salah asalkan tidak berlebihan.

Meminta Maaf dan Memujuk Kita Jika Dia Buat Salah Atau Silap
Orang yang betul-betul sayangkan kita akan meminta maaf dan cuba sedaya-upaya untuk memujuk kita jika dia melakukan kesilapan. Dia akan berasa sangat menyesal dan berusaha untuk memujuk kita sehingga kita memaafkannya atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya.

-Sajaheboh.com

48 Replies to “10 Tanda Orang Betul-Betul Sayangkan Kita Atau Tidak

    1. Boleh saya bertanya sedikit pendapat dan cara memujuk perempuan merajuk,puncanya si dia ajak saya berkahwin,saya menolak dengan cara yang baik,sebab saya belum ada kerja tetap,sekarang saya cuma bertani sahaja.pendapatan saya sekarang cuma cukup untuk saya seorang..sudah dua tahun saya usaha cari kerja tetap,tapi belum ada rezeki..saya dengan si dia berkawan sudah lapan tahun lebih,sudah masuk dua minggu si dia tak call,mesej saya.bagaimana cara memujuknya

      1. Kalau btl2 dia syg kat awak… Dia akan fhm. Mesti takblh tahan lama tanpa bual dngn awak…
        Tapi kalau takde response jgk ermmmmm … Fhm je le.
        Manusia ni bagai jenis…
        Kdg diaorg rasa pe yg kt buat salah… Jd cuba le fhm kn dia kalau blh.. Kalau dia rasa awak penting mesti dia akan fhm.. Cuba ajak dia jumpa ckp fhm kan dia elok2…

      2. 8 tahun lebih berkawan! Mmg org perempuan akan terfikir utk hidup berumahtangga jika perkenalan sebegitu lama. Kalau saudara betul2 sayang kekasih saudara tu tapi mahu meningkatkan ekonomi terlebih dahulu, elok bgitau dia sebab musabab knpa anda belum brsedia kahwin buat masa ni. Bgi bayangan kat kekasih anda tu masalah2 yg mungkin bakal dihadapi jika kahwin x cukup sara hidup. Namun bgi perempuan, kalau hati dah cinta x kisah semua tu..cukup duit utk sara hidup @ tak, yg penting dapat bersama dgn org dicintai. Tunjukkan bhwa anda benar2 ingin meningkatkan ekonomi misalnya selain bertani, mungkin bole bisnes kecil2an…bisnes apa terpulanglah dgn permintaan yg ada di tempat anda…zaman skrg ni mmg payah nak cri kerja…jdi jgn mengharap sgt pada kerja….kalau anda benar2 sayangkan kekasih awak tu, berterus terang perihal msalah kewangan anda dan minta tempoh setahun dua. zaman moden ni, bukan mudah utk jumpa wanita yang setia di sisi selama 8 tahun apalagi saudara yg belum mempunyai pekerjaan tetap. Jika saudara mmg belum bersedia utk berkahwin (5 tahun @ 10 tahun belum tentu nak kahwin) elok lepaskan saja kekasih anda tu agar dia boleh membina hidup baru dgn org lain. Kalau sayang dan cinta…semua pun boleh diatasi…hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Beraninya saya komen begini kan? sebab saya mmg mengalami situasi mcm ni…sblm berkahwin dgn suami. Sykur sangat sebab suami mmg cintakan saya…dan berusaha bnyk cara agar ekonomi dia ada peningkatan sebelum kmi berkahwin. skrg ni hidup kmi x la mewah, namun kalau sekadar bayar2 bil & makan…kira lepaslah perbelanjaan sebulan. Selamat merancang hidup anda. Sekian.

    2. Saya selalu rasa keliru dengan boyfriend sebab dia selalu suka buat modal untuk bergaduh dan lepas tu dia pujuk.. Tapi bila berdekatan tak pernah bergaduh pulak… Apa yg saya muskil saya suka fikir negetive dan dia selalu ckp mengapa aku nak buat ko marah? Sebab aku suka tengok ko time marah… Tapi tak suka la asyik bergaduh akan menghilang keberkatan dan takut kehilangan apa yg kita miliki and seumpamanya

    1. Cuba buat suprise kat dye.. sbb wanita sukakan kejutan.. cm bg bunga , coklat.. tnda maaf.. Inn sha Allah berkesan.. ?

  1. Tunangan aku cakap dia sayang sangat dgn aku tp Tunangan aku suruh aku rayu laki lain untuk minta duit dan tunangan aku senang terpikat dgn perempuan yg cantik’2 , dia slalu cakap dgn aku pasal perempuan’2 yg lebih cantik dari aku kadang tu dia mengaku yg dia suka dgn perempuan lain sebab cantik … tp aku buat biasa je walaupun sebenarnya aku cemburu sakit hati , aku jadi insecure dgn perempuan2 lebih cantik dari aku … cara dia tu buat aku tak yakin untk teruskan perkhawinan kami .. banyak lagi perbuatan dia yg buat aku tak yakin dgn dia tp tak payah cakap la .. aku nal minta pendapan , lelaki mcm tunang aku tu sebenarnya ikhlas tak sayang aku ? Patutkah aku teruskan je ?

    1. Kalau dia betul syg, x patutlah dia buat mcm tu, nampak sgt tak jaga hati u. Belum kahwin dah melilau tgk org lain. Elok cari lain je.

      1. Saya selalu rasa keliru dengan boyfriend sebab dia selalu suka buat modal untuk bergaduh dan lepas tu dia pujuk.. Tapi bila berdekatan tak pernah bergaduh pulak… Apa yg saya muskil saya suka fikir negetive dan dia selalu ckp mengapa aku nak buat ko marah? Sebab aku suka tengok ko time marah… Tapi tak suka la asyik bergaduh akan menghilang keberkatan dan takut kehilangan apa yg kita miliki and seumpamanya..

  2. bab yg suka pandang lama2 n pandang tepat ke mata tuh, so true, everytime I notice dia buat mcm tuh, mesti dia senyum, every time jmpa, mesti pandangan tuh ad 😀 from first time met smp la skarang ni

  3. Bila lelaki tu cakap dia hanya sukakan kitab tapi tidak mencintai kita ..apa maksudnya ..sedangkan dia terlalu ambil berat tentang diri saya ..dia minta untuk saya cari teman lelaki yg terbaik untuk saya ..saya amat sedih ..sya meminta dia untuk tidak mendekati saya untuk saya melupakan dia ..tetapi dia masih menghampiri ..walau tidak berbicara ..saya rasa terseksa sangat ..kenapa masih tunjukkan diri hadapan sya sedangkan dia hanya sukakan sya
    .apa maksud dia sebenarnya ..jika dia berterusan tunjukkan diri pada saya buat masa ini ,saya tidak mampu lupakan dia ..tolong sis ..

  4. Ak lelaki..lelaki mmg semua org tau mcm mane kan..tp ak jnis yg setia..hati ak cuma pd dye..tp skrg kami ade masalah..yg ak tau ak silap sbb drag kawan ak utk ak carI jalan penyelesaian..ak tanye kawan ak n dye dapat tau..n skrg masalah bertambah besar..ape yg ptt ak buat skrg?dye dah banyak kali mnx clash sampai ak xtau ape yg ptt ak buat lagi..dye bukan jenis yg minx hadiah..dye bukan materialistic..n ak xtau ape lagi ak ptt buat utk betulkan keadaan..

  5. Sy tlh jtuh cinta dngn seseorang tpi sy malu nk ktkn
    pd si dia sjk prtama kli sy jmpa ngan dia sejuk hti sy
    klu blhlhkn sy nk ajk die khwin tp sy msih muda lg
    dlm mse bljr lg sy nk cpai cita2 sy.kdngkla sy mrsa kn
    die mcm nk uji kesabaran sy tp sy tetp senyum apabila
    brjumpa gn dia. Die seorang yng baik orangnye mungkin sbb tu sy
    dh jtuh hti ngan die

  6. Sebenarnya.. Aku pun buat perkara yang sama cam dia. Jga… Setiap couple aku pun memang gitau terdahulu kat bf aku… Ayat yang sama

  7. Saya azie..
    Saya nak tanya patut ka saya teruskan hubungan saya dgn seorang lelaki ni umur dia 21 tahun sedangkan saya dah mencecah 34 tahun..

  8. Nama sya Iza*sya nak minta nasihat apa yg harus sya lakukan ??…sya ade masalah dalam tahap pertama berkenalan. Lelaki ni asyik nak jumpa je dgn Sya.sya selalu je bagi bnyk alasan.yg Sya bz,padal tak sebok sangat.sya takut bila dia tak boleh terima Sya.sebab Sya tak cukup sifat sempurna.sya takut dia akan kecewa dan kutuk sya. Dia tak tahu kalau umur Sya lebih tua dari dia.sya dah 28,dia br 25.

  9. Saya ada kawan dengan seorng lelaki dia tinggl kat johor dan saya tnggl di kdah. Saya jauh dgn dia terkadang saya terfikir adakah dia ni betul2 sayang kan saya ataupun tidak..
    Kadang2 ada perempuan yang saya xkenal col sya cakap jangan ganggu dia lagi la dan macam2 lagi lah. Sampai pening kepala juga fikir pasal dia. Ada kah saya patut teruskan hubungan ini?

  10. Salam…sye halim,firstlyyy…sye mmg stuju sangt lah kan dengan..tanda tanda ni..dan sblum ni.juga sye..telah menjalinkan hubungan dengan..seorang gadis…pada mulanya,hubungan kami..dlam keadaan stabil.kami sering berkomunikasi dengan fon…ttapi..setelah..bbrapa kli berjumpa dengannye..sye pernh..menceritakan..ttng perempuan lain kepadanya..dan semenjak itu juga..lah..hubungan kami menjadi semakin dingin..sehingga kini…si dia..berubaj dengan serta merta..dia sudah mula tdak berhubung dengan syew..(chatting msj)..dalm jangka masa yg agk lama..apakah sye telah melakukan kesilapan terhadapnye?..sye tidak pun terlepas ckap terhadap..nyew..apakah dia telah makan dalam dengan sye?..mohon penjelasannn…

  11. semua ciri2 itu ada pd dia
    barlah dia tidak sehensem mana tetapi dia baik dan beriman dan sentiasa menyenangkan hati bila bersama..

    1. Kisah sy pon sama,sy pmpuan,asyik sy ja nk kna mula chat dia dlu,,pastu dia bls bkn xbls tp simple2 ja,bila tnya da xsygkn kita lg ka?jwpnya syg…alsan y diberi busy,,mcm na tu?sy bole ja nk tggai,,tpi hty sy pd dia..xttfikir nk cari lain,.,bruk baik sy sggup ja trima,,tlong la sy..dia mmg nk mainkn sy ka?

      1. Dlu msa mula2 knai xsabaq nk ajak brtunang la,.nk mai jmpk family laa…skrg bila ajk ckp sabaq,,ckup time dia Lamar sy..prlukh sy cya?

  12. Sy knl 1 laki ni dia ckp dia suke sy n kapel ngn sy ble sy dh trima dia igtkn dia blh lyn sy elok2 mcm kapel lain tp dia ssh nk msj n jwb cal ble sy cari dia..wsap bluetick tp xde rply..ase mcm sy plk thegeh2 ngn dia..pe ptt sy buat eh?btl ke dia suke sy?perlu ke sy btahan ngn dia?

  13. Apa yg saya nampak kekasih saya mmg sayangkan saya, tapi hati saya selalu bekata, benar kah dia sayang saya? Tapi hati saya tetap terasa dia sayang saya ada sebab dan kebaikan dia… Tapi mcmne jika nak yakin dia benar2 ikhlas pada kita… Nak kata dia tak sayang dia risau jika saya diam, tapi jika tengok tingkah laku mcm suka saya ada something.. So how to know dia betul2 sayang kita bukan kasihan kita… Kasihan dan kasih sangat berbeza.. Bagi saya kasihan sebab dia terpaksa dan kasih sebab dia cinta dan kasih kepada kita..

  14. haih susahla.nasihat aku kalau xsedia lg dr segi pekerjaan, duit nafkah, rumah sewa utk duk skali makan minum dan yg penting mak ayah kena hulur duit.xmampu hulur duit kat mak ayah tanda xmampu kawen lg sebenarnya..JANGAN LAH JANJI NK KAWEN BAGAI KESIAN KT POMPUAN.

  15. Saya syang org tu .. Dia pn kata syg kn sya tpi now knp die kawin n org laen … Mne pergi nye sayang to? .. Hurmmmmm

  16. saya nak tanya dalam kes saya ni , dia kata dia syg sye siap dh bwak jmpe family bgai.. saya thu dia jnis layan ramai kwn pmpuan..tp bila satu hari tu saya tngok dia chat dgn pmpuan2 tu rse mcm diaorg ni melebih sngt..bila sye tlis kat pmpuan2 tu yg dia dh awek , laki tu tros mrh sye.. jd sye nak tnya , dia sebenarnya sayg sye atau hnya sekadar suka2.. sebab dia sebolehnyer x nk kwn pmpuan dia tu thu dia ad awek.. start dri situ dia kata dia nyampah dengan sye , tp bila sye sroh dia ckp demi Allah yg dia btul2 dh x syg sye .. dia x nk ckp pulak.. tp selalu sroh sye jauhkan diri dari dia start dari hari tu .. hmm

  17. Tanda 2 tu ade pada someone..dia mmng muda dr sy..dia ttp kawan trbaik..satu sikap dia yg sy syg…nmbr phne sy dia x jual pd kekawan dia…dia suruh sy jgn kacau hdp dia lg…tp sy chat die yg dia gune nmbr mnymar tu hahhahahaha dia lyn…tu tndanya dia masih syg tapi EGO..this now,sy serah pd takdir…

  18. If dah 3 thn bersama susah senang sama2 tp xjujur.sorok sana sini(buat keje senyal)msg perempuan sana sini.cari ex2 dia.
    Bila tanya die menafikan siap pukul2.
    Alasan dia,ye i slh xfikir perasaan org yg terdekat dgn i.bila minta separate dia refused.
    Itu mcm mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *