Tanda-tanda Hubungan Cinta Retak dan Bakal Berakhir

Bersediakah anda untuk tahu tanda-tanda hubungan cinta retak dan bakal berakhir dan cinta anda dengan dia bakal berakhir dengan sendirinya. Perbezaannya ialah sama ada anda dapat menerimanya dengan tenang dan move on ataupun anda akan mengalami tekanan perasaan, kekecewaan dan kemurungan untuk beberapa ketika.

Pada awal perhubungan semuanya indah-indah belaka, tetapi tidak semuanya yang mampu bertahan lama, sedangkan bunga yang cantik dipandang akan layu dan gugur juga akhirnya. Setia macam manapun kita kepada dia tetap tidak akan kemana dan tidak dapat menyelamatkan perhubungan cinta kita jika dia tidak setia dan sudahpun berubah membuat keputusan untuk beralih arah.

Tanda-tanda Hubungan Cinta Retak dan Bakal Berakhir

Punca utama hubungan cinta retak adalah disebabkan salah seorang (tak kisah lelaki atau perempuan) atau kedua-duanya sudah berubah hati. Dibawah ini ialah 5 tanda-tanda hubungan cinta retak dan bakal berakhir yang boleh kita ketahui dengan sendiri:

TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN JARANG BERTANYA KHABAR
Dia sudah tidak mengambil berat tentang diri anda lagi. Dia sudah jarang bertanya khabar ataupun menegur anda terlebih dahulu. Kalau dulu, dialah yang lebih awal bertanya tentang keadaan anda ataupun bertanya apa yang anda lakukan. Tapi sekarang, hanya anda sahaja yang bertanya dan menegur dia dan kadang-kadang anda tidak dilayan dan text/call anda jarang dibalasnya.

ANDA BUKAN LAGI KEUTAMAANNYA
Kalau dulu, andalah segalanya, anda selalu menjadi keutamaannya selepas ahli keluarganya, tapi sekarang dia kelihatan tidak lagi mengutamakan anda dan anda seolah-olah menjadi seseorang yang tiada apa-apa keistimewaan baginya. Dia juga sudah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dia mencintai anda lagi.

TIDAK MENGAJAK ATAU MELIBATKAN ANDA DALAM AKTIVITINYA
Kalau dulu, dia sering melibatkan anda dalam hampir semua aktiviti yang dilakukannya, kini tidak lagi. Dia sudah tidak membawa atau mengajak anda untuk ikut kebanyakan aktiviti yang dilakukannya seperti yang anda berdua selalu buat pada awal-awal perhubungan cinta anda berdua dahulu.

DIA SUDAH ADA PENGGANTI ANDA
Dia berlaku curang dalam percintaan dan bermain kayu tiga dibelakang anda. Tanpa anda sedari, dia sudahpun mencari pengganti anda dalah hatinya dan berkemungkinan besar apabila anda mengetahuinya, semuanya sudahpun terlambat.

TIDAK DAPAT MENERIMA KETIDAKSERASIAN
Lagi tanda-tanda hubungan cinta retak ialah apabila anda dan dia tidak serasi dalam banyak perkara dan walaupun anda sudah berusaha untuk menerima ketidakserasian anda berdua tetapi dia mungkin sukar untuk menerimanya dan memilih untuk Move On dan mengakhiri hubungan cintanya dengan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *