Tanda-Tanda Kekasih Tidak Serius Dalam Perhubungan

Kenali tanda-tanda kekasih tidak serius dalam perhubungan cinta dengan kita. Bagaimana mahu mengetahui sama ada si dia betul-betul serius dalam perhubungan dengan kita? Bak kata orang, mulut kata sayang, hati kata tidak, hanya biasa-biasa sahaja. So, macam mana untuk memastikan cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan ataupun tidak?

Tingkahlaku kekasih anda mungkin boleh memberikan hint kepada anda bahawa dia sebenarnya tidak serius dalam perhubungan dengan anda. Lebih teruk lagi, anda mungkin hanya menjadi bahan untuk dipermainkannya sahaja. Mari kita tengok beberapa tanda-tanda kekasih tidak serius dalam perhubungan:

Tanda-Tanda Kekasih Tidak Serius Dalam Perhubungan
1.    Dia Tidak Perkenalkan Anda Sebagai Kekasih Tetapi Sebagai Kawan
Apabila anda berdua berjumpa atau terserempak dengan rakan-rakan dia, dia hanya katakan bahawa anda cuma kawan saja dengan nada seperti bergurau mungkin cuma mahu selamatkan diri dari anda dan juga rakan-rakan dia. Antara jawapan yang dia selalu beri ialah seperti “ Kami kawan jer,.. kami kawan rapat jer dsb. Kalau sudah kerap sangat dia masih juga bercakap sedemikian, maka kemungkinan besar dia betul-betul maksudkannya iaitu dia tidak serius dalam perhubungan cinta dengan anda hanya menganggap anda sebagai kawan sahaja.

2.   Jarang Mahu Berbual Tentang Perasaan Dan Selalu Mengelak
Kalau anda tanya soalan ayat meluahkan perasaan seperti awak sayangkan saya tak? Awak rindu saya tak? dan lain-lain lagi. Kebiasaannya kekasih yang tidak serius dalam perhubungan akan menjawab dengan seringkas yang boleh dan cuba tukar topik lain dengan cepat. Antara jawapan dia ialah seperti:
Mestilah sayang/rindu dekat awak
Alaa, U tau kan I memang sayang dekat U
U tak payah tanya banyak kali, memang I selalu sayangkan U

Kenali Tanda-Tanda Kekasih Tidak Serius Dalam Perhubungan

3.   Kadang-kadang Tidak Contact Anda Untuk Suatu Jangka Masa
Si dia kadang-kadang hanya akan contact anda selepas beberapa hari dan tidak menyatakan dengan jelas kenapa tidak reply call/message/Whatsapps/Wechat/dll dari anda. Jawapan yang popular ialah dia busy, handphone dia rosak/problem dan sebagainya. Dia juga jarang mahu minta maaf dengan anda kecuali kalau anda tanya dia banyak kali dan minta maaf sebab mahu anda berhenti tanya dia.

4.   Banyak Alasan Diberi
Dia selalu memberi banyak alasan jika anda ingin berjumpa atau mengajak dia pergi ke mana-mana untuk jalan-jalan, shopping dsb. Dia hanya keluar dengan anda apabila dia yang ajak anda keluar kemana-mana mungkin hanya untuk mengisi rasa bosan dia sahaja. Tetapi apabila anda yang ajak, dia malas nak pergi sebab mungkin lebih berminat dengan aktiviti sendiri berbanding membuat aktiviti anda seperti temankan anda pergi shopping, jumpa kawan dsb.

Itu adalah 4 tanda-tanda kekasih tidak serius dalam perhubungan. Jangan ambil mudah dengan perhubungan anda dengan si dia dan jangan biarkan diri anda dipermainkan dalam percintaan apabila si dia berlaku curang dalam percintaan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com