Tanda-tanda Orang Menipu dan Berbohong Kepada Kita

Dapatkah anda mengetahui tanda-tanda orang menipu dan berbohong kepada anda? Seumur hidup kita ini, memang tipulah kalau anda tak pernah berbohong atau menipu walaupun cuma sekali. Memang menipu orang itu adalah perbuatan yang tidak bagus dan tidak elok untuk diamalkan kerana boleh membawa masalah di kemudian hari.

Paling menyakitkan hati ialah apabila orang yang menipu atau berbohong itu adalah orang yang rapat dengan kita. Mesti anda dapat bayangkan apa perasaan apabila ditipu oleh pasangan atau orang yang rapat dengan kita, bukan?

Dibawah ini ialah beberapa tanda-tanda orang menipu atau berbohong yang biasanya ditunjukkan tanpa disedari oleh mereka:

tanda-tanda orang menipu dan berbohong kepada kita

Kelihatan Gelisah
Seseorang yang berbohong akan menunjukan tanda-tanda yang dia tidak selesa dan kelihatan gelisah. Dia akan selalu bergerak ke sana-sini dan tidak boleh berdiam, selalu ada benda yang dilakukannya sama ada tengok kiri-kanan, sekejap-kejap tengok handphone, garu kepala dan sebagainya. Dia tidak boleh bertenang sebab hatinya berasa risau kalau kebohongannya diketahui orang.

Percakapan Tidak Lancar Dan Gugup
Orang yang berbohong akan mempunyai kecenderungan untuk berasa gugup dan pertuturannya tersekat-sekat dan tidak lancar seperti selalunya. Tanda-tanda ini adalah sukar untuk dielakan terutama bagi mereka yang tidak pandai atau jarang berbohong.

Mata Berkelip-kelip
Orang Yang Suka Menipu dan berbohong biasanya akan selalu mengelipkan mata, bukan kelipkan mata berterusan, tetapi kelipkan mata lebih kurang setiap 5-10 saat. Ini adalah petanda bahawa hati mereka berdebar-debar sekiranya perbohongan mereka diketahui orang.

Suka Menggaru Kepala Atau Wajah
Biasanya orang yang menipu ini fikirannya tidak tenang dan cenderung untuk melakukan sesuatu untuk menenangkan diri. Contoh yang biasa ialah dia suka menggaru kepala atau membuat seolah-olah dia membetulkan rambutnya. Perbuatan sebegini memang boleh boleh mendatangkan syak wasangka kalau dia sering melakukannya.tanda-tanda orang menipu dan berbohong

Selalu Mengelak Menjawab Soalan
Orang yang sedang berbohong akan cuba sedaya-upaya untuk tidak menjawab sebarang soalan yang kita tanyakan kepadanya. Dia akan seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab ataupun paling tidak akan menjawab dengan ringkas dan mungkin cuma menggunakan body language seperti mengangguk atau mengelengkan kepala sahaja.

Suka Tukar Topik Perbualan
Tanda-tanda orang menipu atau berbohong yang susah hendak dihilangkan ialah dia suka tukar topik secara tiba-tiba. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah supaya perbincangan tidak sampai atau tidak menyebut tentang apa-apa yang berkaitan dengan penipuan yang dilakukannya. Ini kerana dia takut, lambat-laun penipuannya akan diketahui ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *