Tanda-Tanda Perempuan Menolak Cinta Anda

Tahukah anda apa tanda-tanda perempuan menolak cinta anda? Kaum lelaki, anda pasti pernah terpikat dan tertarik dengan seseorang perempuan yang anda kenal ataupun tidak kenal bukan? Apabila anda ingin mendekati perempuan tersebut, dia mungkin akan menunjukan reaksi yang baik dan terbuka untuk berkawan dengan anda. Tetapi, anda inginkan lebih daripada seorang kawan biasa, dan anda ada menyimpan keinginan untuk menjadikan perempuan itu sebagai kekasih anda ataupun pasangan hidup anda.

Tetapi, wanita yang anda minati itu walaupun memang bersikap ramah dengan anda tetapi dia sebenarnya hanya menganggap anda tidak lebih daripada salah seorang daripada kawannya sahaja. Berikut ialah 6 tanda-tanda perempuan menolak cinta anda (lelaki):Tanda-Tanda Perempuan Menolak Cinta Anda (Lelaki)1) Dia Selalu Menolak Ajakan Anda Untuk Keluar
Dia selalu menolak perlawaan anda untuk keluar atau join mana-mana aktiviti dengan alasan seperti tiada masa atau buzy dan ada benda lain yang perlu dilakukan. Kalau anda mengajak untuk keluar berdua untuk makan malam misalnya, lagilah dia tolak perlawaan anda kerana dia mungkin memang tidak berminat untuk hubungan lebih daripada seorang kawan. Kalau anda sudah banyak kali ajak dia dan dia masih tetap menolak perlawaan anda dengan baik, maka anda pasti sudah dapat rasakan bahawa dia menolak cinta anda dan cuma anggap anda sebagai kawan.

2) Tiada Body Language
DIa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dia bahawa dia menyukai anda lebih daripada seorang kawan. Anda sudah sering berjumpa dengannya, tetapi sampai sekarang juga masih tiada tanda-tanda atau hints yang dia berminat untuk mengenali anda dengan lebih dekat.

3) Dia Mengelak Bercakap Mengenai Aktivitinya
Dia jarang-jarang mahu berbual tentang akitiviti dan juga keluarganya yang selalu dibuatnya ataupun aktiviti apa yang dibuatnya hujung minggu. Dia hanya selesa bercakap tentang hal-hal keluarganya dan akitivitinya dengan orang yang betul-betul rapat dengannya. Dia sebenarnya tidak menganggap anda sebagai orang yang sesuai untuknya meluahkan perasaan tentang masalah keluarga dan sebagainya.

4) Dia Mengelak Berbicara Tentang Perasaan
Apabila anda memulakan perbualan yang macam menjurus kepada isi hati dan perasaan, dia akan cuba mengelak dan cepat-cepat tukar ke topik lain. Dia tidak selesa untuk berbicara tentang luahan perasaan dengan anda dan mungkin juga tidak berminat.

Tanda-Tanda Perempuan Menolak Cinta Anda

5) Dia Selalu Lambat Membalas Text Anda
Kalau anda menghantar text tak kisahlah dari Whatsapp, Wechat, Facebook dsb, dia jarang-jarang mahu membalas mesej anda dengn segera. Kalau sudah kerap sangat dia berbuat sedemikian iaitu lambat reply mesej dan ada juga yang langsung tidak dibalas, itu mungkin bermaksud anda tidak penting buatnya.

6) Berterus-terang Dengan Anda
Ini bukan petanda tetapi mungkin dia merasakan dia patut berterus-terang dengan anda bahawa dia hanya menganggap anda tidak lebih daripada seorang kawan. Dia memang tahu bahawa anda menyimpan minat dan menyukainya dengannya tetapi dia tidak mahu berbohong tentang perasaannya dan jalan yang terbaik ialah dengan berterus-terang dengan anda supaya anda boleh move on.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *