Tarikan Utama Wanita Di Mata Lelaki (Penampilan)

Topik kali ini ialah membincangkan apa tarikan wanita di mata lelaki yang boleh mendapatkan perhatian mereka. Majoriti besar kaum wanita menganggap untuk menarik perhatian lelaki, mereka perlu mempunyai rupa paras yang cantik persis model dan juga penampilan yang sentiasa bergaya. Itu memang ada benarnya, tetapi sebenarnya apa yang cantik dan menarik perhatian lelaki tidaklah 100% daripada rupa fizikal, lelaki juga mudah tertarik dengan beberapa perkara lain seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Ketahui Apa Tarikan Wanita Di Mata Lelaki Dari Segi Penampilan
Kakipromo.Com

Berdasarkan pendapat majoriti kaum lelaki, berikut adalah 6 perkara utama tentang apa yang menjadi tarikan wanita di mata lelaki yang mampu menarik perhatian mereka:

Pandai Menggunakan Makeup
Wanita yang menggunakan makeup atau alat kosmetik sememangnya dapat membantu mereka untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita tersebut di mata lelaki. Tidak dinafikan bahawa majoriti besar wanita memang suka menggunakan makeup, tetapi tidak ramai yang betul-betul pandai mengunakan makeup yang sesuai dengan diri mereka. Keadaan ini biasanya memperlihatkan penampilan mereka tidak berapa menarik disebabkan makeup yang tidak sesuai dengan penampilan mereka. Walaubagaimanapun, jika mereka pandai menggunakan makeup yang matching dengan penampilan diri mereka akan menyebabkan mereka mudah mendapatkan perhatian kaum lelaki.

Mempunyai Rambut Panjang
Majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Selain itu, rambut panjang juga memang lebih sinonim dengan kaum wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif. Majoriti lelaki juga berpendapat wanita berambut panjang mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan mereka dan kelihatan lebih ayu dan cantik.

Ketahui Apa Tarikan Wanita Di Mata Lelaki Masa Kini

Pandai Bergaya
Bergaya disini tidak semestinya menggunakan pakaian yang mahal-mahal atau seksi. Tetapi pandai bergaya yang dimaksudkan adalah kaum wanita yang pandai memilih pakaian yang memang sesuai dengan penampilan diri mereka dan menjadikan mereka bertambah cantik dan jelita. Kalau pakai pakaian yang mahal tetapi langsing tidak bersesuaian dengan tubuh badan juga tidak ada guna bukan?

Berpakaian tradisional
Seperti yang kita semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya, sari, cheongsam atau sebagainya mampu menyerlahkan sifat kesopanan kepada kaum wanita yang memakainya. Ini mungkin disebabkan biasanya si pemakai akan berasa lebih hormat terhadap adat-resam kaum mereka apabila memakai pakaian tradisional. Kaum lelaki memang sangat mudah tertarik dengan kaum wanita yang menggunakan pakaian tradisional mereka dan anda boleh tengok sendiri wanita yang menjadi perhatian kaum lelaki terutama ketika musim-musim perayaan.

Ketahui Apa Tarikan Wanita Di Mata Lelaki

Bertudung
Majority lelaki muslim sukakan wanita yang bertudung dan ramai yang mengaku bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama di pandangan mata mereka disebabkan perempuan tersebut kelihatan sopan dan ayu. Kaum lelaki juga kebiasaannya akan lebih menghormati dan menjaga tingkah-laku mereka di hadapan kaum wanita yang bertudung.

Memakai Kasut Tumit Tinggi (High Heel Shoes)
Kaum lelaki kebanyakannya suka melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Pendapat mengatakan seseorang wanita kelihatan lebih cantik dan juga seksi apabila berjalan menggunakan kasut tumit tinggi pada pandangan mata lelaki.

Itulah antara daya tarikan wanita di mata lelaki yang mampu menarik perhatian mereka. Sebenarnya ada banyak lagi kalau hendak disenaraikan. – Kakipromo.Com

One Reply to “Tarikan Utama Wanita Di Mata Lelaki (Penampilan)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *