Tindakan Bila Lelaki Meminati Perempuan Dalam Diam

Tahukah anda apa tindakan bila lelaki meminati perempuan dalam diam? Anda pasti pernah meminati seseorang dalam diam bukan? Tidak kisahlah, lelaki mahupun perempuan pasti ada masa dalam hidup mereka pernah meminat seseorang dalam diam disebabkan ciri-ciri yang ada padanya.

APA TINDAKAN BILA LELAKI MEMINATI PEREMPUAN DALAM DIAM?

Memerhati Dalam Diam
Kalau sudah meminati seorang perempuan, lelaki memang susah untuk menjauhkan pandangan mereka daripadanya jika berada di tempat yang sama atau dalam lingkungan mata. Mereka akan menjaci jalan untuk mendekati perempuan tersebut dan mengenalinya dengan lebih dekat. Lama-kelamaan dia akan melangkah ke peringkat berikutnya iaitu mula menegur perempuan terbabit dan cuba berkenalan dengannya.

APA DILAKUKAN BILA LELAKI MEMINATI PEREMPUAN DALAM DIAM

Mula Menegur
Kalau tidak menegur macam mana hendak mengenali perempuan itu dengan lebih detail bukan? Apabila lelaki menegur perempuan itu walaupun untuk hal yang agak remeh, itu menunjukkan dia berani dan berminat untuk berkenalan dan mengenali perempuan tersebut dengan lebih lanjut. Response perempuan terhadap tegurannya akan dijadikannya sebagai petanda untuk dia mengorak langkah lebih jauh lagi.

Selalu Ingin Dekat Dengannya
Bila lelaki meminati seseorang perempuan itu, dia akan selalu ingin mendekatinya sehingga ada yang berani untuk mengikut atau mengekori perempuan itu kemana-mana. Sebabnya adalah supaya mahu pastikan perempuan itu sentiasa selamat dan juga untuk mengetahui lebih lanjut akan minat dan aktiviti kegemaran perempuan itu. Walaubagaimanapun, sangat tidak digalakkan untuk mengekori seseorang perempuan itu, kerana boleh dianggap psiko atau stalker yang berbahaya pada pandangan wanita tersebut jika diketahuinya. Lagipun, niat seseorang itu mungkin baik dan juga mungkin tidak baik.

Mengajak Keluar Bersama (Dating)
Selepas berkenalan dengan perempuan tersebut, lelaki biasanya akan mula cuba untuk mengajak perempuan itu keluar berjalan-jalan, biasanya pergi makan bersama atau pergi ke mana-mana function atau aktiviti menarik di bandar. Disini, perempuan yang menerima ajakan keluar hendaklah bertanya dulu atau pastikan mereka pergi ke tempat yang banyak orang dan bukannya di tempat yang sunyi sepi bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini. Jangan sesekali bersetuju untuk keluar lewat malam terutama sekali dengan lelaki yang baru saja dikenali.

Selalu Keep In Touch
Jika kita meminati sesorang dan menyukainya, maka kita akan sentiasa ingin berada dekat dengannya.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita akan ingin terus dekat kepadanya.Oleh itu, kita akan selalu contact dia sama ada melalui Whatsapp, Facebook, Call, SMS dsb. Kita akan sentiasa mencari modal untuk berbual dan kadang-kadang hal yang remeh juga digunakan untuk bertanya kepadanya.

Meluahkan Perasaan
Apabila sudah kenal dan sudah biasa dengan perempuan itu, lelaki akan meluahkan perasaannya kepada perempuan itu dan inginkan dia menjadi kekasihnya. Tapi, perlu ingat jangan terus nyatakan persetujuan anda jika anda masih belum bersedia ataupun masih belum mengenali lelaki itu dengan lebih lanjut. Juga, jangan layan kalau lelaki itu baru kenal anda dalam masa terlalu singkat contohnya dua, tiga hari kenal terus cakap I Love You kepada anda.

Mahu Berkahwin
Peringkat yang terakhir bila lelaki meminati perempuan , perlu ingat bahawa tidak semua lelaki atau perempuan yang bercinta akan berakhir dengan perkahwinan. Walaubagaimanapun, bagi lelaki yang serius dalam perhubungan dengan seseorang perempuan, dia akan melamar perempuan itu menjadi suri hidupnya apabila dia sudah bersedia. Pilihan akhir tetap pada sebelah perempuan sama ada mahu terima ataupun tidak. – kakipromo.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com