Tips Beli Laptop Sesuai Dengan Penggunaan Kita

Kali ini kami ingin berkongsi tentang tips beli laptop sesuai dengan cara penggunaan kita. Pada zaman sekarang, laptop/notebook boleh dikatakan menjadi satu keperluan yang wajib ada bagi hampir semua orang. Majoriti besar kita menggunakan laptop setiap hari sama ada untuk bekerja, melayari internet, ataupun bermain games bagi mengisi masa lapang.  Bagi anda yang selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, maka sudah pasti laptop/notebook adalah sangat penting untuk sebarang urusan bukan.

Kami yakin majoriti daripada anda membeli laptop akan memakainya untuk suatu jangka masa yang agak lama (3 tahun ke atas) bukan? Keadaan ini adalah sedikit berbeza dengan situasi anda membeli Smartphone yang sering bertukar-tukar hampir setiap tahun (bagi kebanyakan orang).

Tips Beli Laptop Sesuai Dengan Penggunaan Kita

Tips beli laptop sesuai dengan cara kita menggunakannya ialah pertama sekali kita kena fikirkan apa kriteria penting pilih laptop adalah apakah tujuan anda membeli laptop? Adakah anda ingin beli laptop/notebook untuk sekadar untuk online sahaja, tengok youtube atau video, dengar lagu atau bermain games yang anda minat? Atau tujuan anda adalah untuk membuat kerja yang memerlukan laptop bekerja berat seperti membuat editing, photoshop dan sebagainya.

Sekarang ini ada banyak jenis brand laptop yang dijual di pasaran seperti Macbook, Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo, MSi, Toshiba dan sebagainya. Mungkin anda ingni bandingkan seperti mana lebih bagus antara laptop Acer vs ASUS. Salah satu tips beli laptop yang penting ialah pilih laptop dengan harga yang berpatutuan, murah tapi berkualiti dan mempunyai spesifikasi yang bagus. Kalau dulu, PC Fair merupakan tempat terbaik untuk mencari laptop murah daripada harga biasa tetapi sekarang rasanya sudah banyak promosi harga laptop yang sering diadakan dari semasa ke semasa terutama apabila dekat hari perayaan atau hujung tahun. Berikut ialah beberapa kriteria  yang perlu dititikberatkan dalam tips beli laptop sesuai dan pilih laptop terbaik berdasarkan kemampuan kita:

  • Harga (depend dengan budget anda, below Rm2000 sudah boleh dapatkan laptop yang baik, kalau setakat untuk online dan buat kerja sikit-sikit guna Microsoft office tu boleh beli laptop harga bawah RM1000 )
  • Processor mesti bagus dan minimum Intel i3 ke atas
  • Sekarang ni minimum 2GB RAM sudah dikira paling basic
  • Saiz hard disk (tidak berapa penting sebab ramai yang gunakan external hard disk dan storage online)
  • Brand laptop/notebook (elakan beli laptop jenama yang tidak pernah didengar)
  • Graphics (ini penting bagi kaki games yang beli laptop untuk main games atau mereka yang guna software berat seperti software untuk video editing dsb)
  • Kemudahan basic seperti Wireless, Bluetooth, kamera, USB Port dan sound system
  • Battery (pilih laptop/notebook yang battery boleh tahan lama)
  • Warranty (mesti ada, lagi lama lagi bagus)
  • CD Driver laptop (minta dari penjual kalau tak disediakan)
  • Berat laptop (pilih laptop yang mempunyai berat yang ringan dan senang dibawa)

Akhir sekali, buatlah pilihan secara bijak apabila ingin membeli laptop. Ada baiknya anda membaca dulu review mengenai laptop yang anda ingin beli di mana-mana blog/website, anda boleh goggle saja pasti banyak review yang boleh anda baca. Anda boleh melihat senarai harga laptop 2015 terkini. Jika komputer anda sekarang slow dan selalu lagging, anda boleh cuba dapatkan Panduan Teknik Melajukan Komputer yang terbukti berkesan mengatasi masalah komputer slow.

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com