Tips Beli Tayar Kereta Terbaik dan Sesuai Di Malaysia

Pemilihan tayar kereta terbaik untuk kereta mungkin tidak berapa dipandang berat oleh sesetengah orang.  Entri ini ialah sedikit sebanyak mengenai  tips beli tayar kereta terbaik dan sesuai di Malaysia. Ramai yang mengambil sikap asalkan ada bolehlah, ambil yang murahlah, asalkan bolej jalanlah dan sebagainya. Sebenarnya pemilihan tayar yang sesuai memainkan peranan penting untuk driving experience yang terbaik.

Pemilihan tayar yang tidak sesuai boleh menyumbang kepada kemalangan, kereta tidak stabil, minyak cepat habis dan lain-lain lagi. Jom kita tengok jenis-jenis tayar yang sesuai untuk kereta anda dan antara tayar yang banyak di rekomen oleh orang ramai. Antara brand tayar yang popular ialah:Apa Tips Beli Tayar Kereta Terbaik dan Sesuai Di Malaysia

  • Michelin
  • Continental
  • Bridgestone
  • Silverstone
  • Goodyear
  • Yokohama

Anda juga kena tahu apa maksud kod tayar dan juga anda kena tahu tarikh tayar itu dibuat.   Maklumat yang terdapat di kod tayar ialah seperti jenis tayar, saiz kelebaran tayar, kelajuan maksimum tayar meluncur, berat muatan yang mampu ditanggung, saiz RIM (diameter) dan lain-lain lagi. kelajuan maksimum tayar boleh diketahui pada kod yang di hujung sekali.  Berikut ialah maksud kod yang tertera di tayar kereta kita (Sila klik gambar jika kurang jelas):

Tips Beli Tayar Kereta Terbaik dan Sesuai Di Malaysia

Contoh kod tayar: 175/70R13/82H

Maklumat yang boleh diperoleh adalah seperti berikut:

  • lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
  • lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
  • jejari : R
  • diameter rim : 13 inch
  • indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
    • indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
    • indeks muatan 71 = 345 kg
    • indeks muatan 125 = 1,677 kg
    • simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
  • Contoh kod di hujung bagi kelajuan maksimum tayar:
    S – 180 km/j
    T – 190 km/j
    U – 200 km/j
    H – 210 km/j
    V – 240 km/j
    Z – melebihi 240 km/j
    W – 270 km/j
    Y – 300 km/j
    ZR – untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1015

  • kadar kehausan bunga tayar tersebut : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
  • kekuatan cengkaman tayar tersebut: TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
  • ketahanan suhu : TEMPERATURE A
    • A : kawasan panas
    • B : kawasan bercuaca normal
    • C : kawasan sejuk
    – tarikh pembuatan : 1015
    • dua nombor pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 10 maka tayar itu dibuat pada minggu ke-10 atau minggu ke-1 bulan March.
    • Dua nombor terakhir = tahun tayar dibuat. Jika 15, bermakna tayar itu dibuat pada tahun 2015

Sekian saja tips beli tayar terbaik dan sesuai di Malaysia. Diharapkan entri ini, sedikit sebanyak boleh menambah pengetahuan anda untuk membeli tayar yang sesuai untuk kereta anda.

source: carigold

7 Replies to “Tips Beli Tayar Kereta Terbaik dan Sesuai Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *