Tips Cara Gunakan Minyak Wangi Dengan Betul Dan Tahan Lama

Anda tahu akan tips cara gunakan minyak wangi dengan betul dan tahan lama? Pernahkah anda menggunakan minyak wangi tidak kisah jenama apa tetapi hasilnya tidak sebagus yang anda harapkan? Minyak wangi boleh dikatakan satu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa minyak wangi, kita berkemungkinan akan menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa dengan bauan badan kita terutama apabila berpeluh di cuaca yang panas.

tips cara gunakan minyak wangi dengan betul dan tahan lamaOleh itu, kali ini kami ingin membuat entri mengenai tips pemakaian minyak wangi yang betul dan tubuh kita sentiasa berbau wangi.

Guna Minyak Wangi (Perfume) Sebelum Siap Berpakaian
Ada beberapa sebab kenapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Sembur Minyak Wangi Dan Bukannya Menggosok
Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

Mana Tempat Perlu Untuk Sembur Minyak Wangi?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan Kulit Sebelum Gunakan Minyak Wangi (Perfume)
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Anda tahu akan tips cara gunakan minyak wangi dengan betul dan tahan lama

Simpan Minyak Wangi (Perfume) Di Tempat Yang Sepatutnya
Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

Itulah beberapa tips cara gunakan minyak wangi dengan betul dan baunya tahan lama. Selamat mencuba!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com