Tips Cara Hilangkan Dagu Berlapis (Double Chin)

Tips dan cara hilangkan dagu berlapis atau dikenali sebagai double chin. Dagu berlapis terjadi disebabkan lebihan lemak yang terkumpul di bahagian bawah dagu kita dan menyebabkan dagu kita seperti berlapis. Keadaan ini sering berlaku disebabkan pertambahan berat badan dan juga tabiat kita seharian terutamanya pemakanan kita. Di bawah ini adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah dagu berlapis yang boleh kita amalkan.

TIPS CARA HILANGKAN DAGU BERLAPIS (DOUBLE CHIN) DENGAN BERKESAN:TIPS CARA HILANGKAN DAGU BERLAPIS (DOUBLE CHIN) DENGAN BERKESANJangan Tidur Waktu Siang
Tidur pada waktu siang adalah sangat tidak digalakkan melainkan anda tergolong dalam mereka yang kerja shif malam. Amalan tidur pada waktu siang akan membuatkan wajah anda kelihatan lesu, sembap dan tidak bermaya. Keadaan ini akan menyebabkan wajah anda kelihatan berisi dan memudahkan anda mendapat dagu yang berlapis. oleh itu, Tidur sekejap itu kira masih boleh, tapi, sangat tidak digalakkan untuk tidur siang pada waktu yang lama.

Senaman Muka
Lakukan sesuatu yang boleh menyebabkan pergerakan kepada bahagian dagu dan wajah anda seperti mengunyah chewing gum ataupun boleh buka dan tutup mulut anda beberapa kali. Pergerakan yang dilakukan akan memastikan lemak tidak terkumpul di bahagian dagu.

Tabiat Pemakanan
Apa-apa yang berkaitan dengan tubuh badan atau kesihatan memang sentiasa bersangkut paut dengan pemakanan kita. Seperti yang kita sedia maklum, dagu berlapis adalah gejala yang sering terjadi kepada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Oleh itu, sentiasalah jaga pemakanan anda dan pastikan anda sentiasa mendapat makanan yang seimbang. Selain itu, anda juga wajib minum air dalam kuantiti yang mencukupi.

Senyum dan Ketawa
Apabila kita senyum atau ketawa, otot di wajah kita akan bekerja dan secara tidak langsung mengurangkan lemak di bahagian dagu kita. Seperti kata orang, senyuman juga boleh membuatkan orang senang dengan kita dan antara petua awet muda.

Urutan Leher dan Dagu
Ambil sedikit daripada masa 24 jam sehari anda untuk melakukan urutan di sekitar bahagian leher dan dagu. Urut pelahan-lahan dari leher ke bahagian dagu anda. Tujuan anda melakukan urutan ini adalah untuk melancarkan pergerakan darah di bahagian dagu serta mencegah lemak daripada terkumpul di dagu anda. Teknik ini terbukti berkesan dan sering direkomen untuk mengatasi masalah dagu berlapis (double chin).

Gunakan Masker Putih Telur
Punca dagu berlapis (double chin) adalah disebabkan lemak berlebihan di bahagian dagu dan kulit menjadi kendur. Salah satu cara untuk menegangkan balik kulit di bahagian dagu ini adalah dengan menggunakan campuran masker putih telur dengan perahan lemon. Anda boleh amalkan dua tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com