Tips Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah

Apa tips cara hilangkan jerawat dengan mudah dan juga berkesan? Masalah jerawat memang merupakan masalah biasa yang sering menganggu penampilan diri kita. Hasil daripada beberapa petua dan tips yang sering dikonsi oleh orang ramai, berikut ialah beberapa petua dan tips cara hilangkan jerawat dengan senang dan berkesan yang boleh dan senang untuk diamalkan seharian.

Tips Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah dan berkesanJangan picit jerawat pra matang

  • Admin yakin tips ini adalah agak sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang. Kebanyakan orang mempunyai tabiat suka picit jerawat di muka sebab geram dengan jerawat itu terutamanya yang bersaiz besar atau jerawat batu.Seeloknya jangan picit jerawat pra matang sebab nanti akan meninggalkan parut jerawat. dan lepas itu anda akan menghadapi masalah macam mana hendak cari cara hilangkan parut jerawat pula.

Jangan mengambil makanan yang berminyak terlalu banyak dan elakan kalau boleh

  • Di Malaysia ini memang kebanyakan menu seperti mee goreng, ayam goreng, nasi goreng, cucur goreng, kueh tiaw goreng dan sebagainya selalu kita tengok di banyak tempat. Kalau boleh, jangan mengambil makanan berminyak terlalu banyak dan elakan selagi boleh. Jerawat terjadi disebabkan permukaan kulit kita ditutup oleh minyak di muka kita, oleh itu cuba kawal pemakanan seharian kita dan banyakan makan sayur-sayuran.

Makan banyak buah-buahan dan ambil vitamin C

  • Buah-buahan membekalkan vitamin C yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Sekiranya anda tidak suka makan buah-buahan, anda masih boleh mengambil pil vitamin C yang boleh didapati di farmasi yang berhampiran. Sila gunakan atau beli pil yang mendapat pengesahan daripada kementerian kesihatan.

Gunakan pencuci muka (facial wash) yang sesuai dengan kulit wajah

  • Bahagian muka kita memang cepat jadi kotor dan kena dibersihkan selalu bagi mengelakan masalah seperti bintik-bintik hitam. seperti Sekarang ini memang banyak pencuci muka yang boleh didapati di pasaran dan jangan main beli saja pencuci muka ini. Ini kerana ada produk pencuci muka yang mungkin berkesan untuk orang lain tetapi tidak berkesan untuk kita. Kalau anda dah cuba sesuatu produk itu dan tidak ada perubahan, jangan guna lagi produk yang sama dan cari produk lain sehingga jumpa yang sesuai dengan anda.

Tips Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah dan berkesanMinum air dalam kuantiti yang secukupnya setiap hari

  • Badan kita memang perlukan air dan selalunya kalau kita sakit dan jumpa doktor, biasanya doktor akan suruh kita minum air banyak-banyak. Air suam adalah lebih bagus daripada air sejuk, oleh itu cuba untuk minum air suam berbanding dengan air sejuk.

Anda boleh cuba tips cara hilangkan jerawat dengan mudah berkesan yang dinyatakan diatas ini dan semoga anda berjaya mengatasi masalah jerawat anda sekarang ini. Good Luck untuk anda semua!

2 Replies to “Tips Cara Hilangkan Jerawat Dengan Mudah

  1. Masalah jerawat sering terjadi kepada remaja. Dengan adanya tip ini, bolehlah mencegahnya daripada ditumbuhi jerawat. Terima kasih sudi berkongsi tip ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *