Tips Cara Jimatkan Kuota Internet Dengan Berkesan

Bagaimana Cara Jimatkan Kuota Internet supaya tidak perlu topup selalu? Kami yakin, hampir semua pengguna Smartphone menghadapi masalah kuota internet cepat habis dan perlu topup semula untuk terus menggunakannya. Tetapi, walaupun kita memang boleh topup kuota internet jika tidak mencukupi, tetapi harga untuk membeli internet atau kuota tambahan yang ditawarkan di telco-telco dalam kita ini masih agak mahal dan mudah sahaja untuk mencecah sehingga ratusan ringgit sebulan dengan penggunaan kerap.

Apa kata anda cuba beberapa tips cara jimatkan kuota internet termasuk broadband yang boleh membantu meminimumkan penggunaan Mobile Data anda:

Bagaimana Tips Cara Jimatkan Kuota Internet Dengan Berkesan

  • Sila Offkan Mobile Data apabila tidak digunakan terutama ketika waktu tidur.
  • Kurangkan download video sebab memang terbukti sebagai antara punca kuota internet cepat habis.
  • Kurangkan penggunaan untuk melayari live streaming, youtube dan mana-mana video.
  • Elakkan untuk update applikasi dengan menggunakan Mobile Data, seeloknya tunggu sehingga anda pergi ke tempat yang menawarkan free WiFi. Setakat update biasa-biasa itu, tak penting sangat pun sebenarnya.
  • Menggunakan data compression feature pada google chrome (mobile)
  • Menggunakan aplikasi (jika ada) berbanding menggunakan website, contoh jia ingin membaca portal berita.
  • Hadkan penggunaan internet di Smartphone anda hanya untuk aplikasi-aplikasi tertentu sahaja dengan menggunakan restrict application. Dengan ini, kita dapat mengelakkan aplikasi lain yang mungkin menggunakan data internet tanpa kita sedari.
  • Manfaatkan kemudahan WiFi dimana-mana sahaja anda berada bagi menggantikan penggunakan Mobile Data anda.

Akhir sekali, anda perlulah buang tabiat untuk menghabiskan sepanjang hari menggunakan internet. Sebab, memang tiada cara lain untuk menjimatkan penggunaan kuota internet selain daripada kurangkan penggunaannya. Ya, memang ada cara seperti Celcom Ghost atau cara VPN yang boleh unlimitkan penggunaan data bandwith, tetapi tidak pernah bertahan lama dan selepas beberapa bulan sudah tidak dapat digunakan lagi. Kalau masa anda menggunakan internet adalah kebanyakannya di rumah sendiri, maka adalah lebih baik anda melanggan Streamyx, Unifi atau Maxis Fibre yang boleh dikatakan unlimited penggunaan kuotanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *