Tips Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

Bagaimana cara kempiskan perut buncit dengan cepat dan berkesan? Masalah perut buncit memang menjadi salah satu masalah untuk majoriti orang apabila dewasa. Memiliki perut buncit memang kadang-kadang menyebabkan kita rasa kurang keyakinan dengan penampilan kita apabila berhadapan dengan orang lain.

Ada banyak tips petua atau cara kempiskan perut buncit dengan cepat yang boleh kita ikuti dan kebanyakannya memang sedia diketahui. Tetapi, walaupun tahu cara-cara untuk kempiskan perut buncit, tidak ramai yang mempunyai motivasi atau kesunggguhan dalam usaha mereka untuk menghilangkan masalah perut buncit mereka.Tips Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan CepatDi bawah ialah beberapa cara kempiskan perut buncit dengan cepat dan berkesan yang tidak memerlukan belanja yang tinggi, cuma kesunggguhan dan motivasi diri:

Kurangkan pengambilan makanan,minuman bergula dan elakan minuman keras
Minuman yang bergula dan bergas boleh menyebabkan perut buncit dan kembung kerana mengandungi banyak kalori. Sebaiknya minum air mineral/kosong atau minuman yang mengandungi antioksidan seperti green tea atau air limau yang boleh nyahtoksik dalam tubuh kita.

Makan makanan yang betul
Amalkan pengambilan makanan yang betul iaitu mengikut saranan dalam Piramid Makanan Seimbang. Ambil makanan yang boleh meningkatkan metabolisme dalam badan seperti protein, soya, kekacang dan oat. Banyakan mengambil makanan bakar lemak dan anda juga dinasihatkan supaya mengelakan atau mengurangkan pengambilan makanan segera atau fast food.

Elakan makan di tengah malam
Melainkan anda ada melakukan akitiviti lain selepas makan seperti bersukan pada tengah malam (contoh main badminton atau futsal),sila elakan untuk makan tengah malam. Ini kerana makanan tadi akan bertukar menjadi lemak sebab proses membakar lemak tidak aktif sewaktu kita tidur.

Tidur cukup
Kita memerlukan tidur yang cukup bagi memastikan tubuh kita mendapat rehat yang mencukupi. Sebabnya adalah supaya sistem metabolisme dalam badan kita berfungsi dengan baik.

Bersukan
Rajinkan diri untuk bersukan sebanyak 2,3 kali seminggu. Paling tidakpun, anda boleh jogging untuk membakar lemak dalam badan anda.

Amalkan senaman kardio secara berkala
Senaman kardio memang terbukti sebagai cara kempiskan perut dengan cepat jika dilakukan dengan kerap. Walaubagaimanapun, ramai orang tiada motivati untuk teruskan senaman ini disebabkan agak memenatkan. Jika anda benar-benar serius untuk menghilangkan perut  buncit, anda boleh cuba formula kurus yang popular sekarang ini disebabkan keberkesanannya untuk mengatasi masalah perut buncit dan kegemukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *