Tips Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original Atau Tidak

Anda tahu tips cara mengetahui Smartphone Samsung Original atau tidak? Smartphone Samsung memang sangat popular dan paling banyak berada di pasaran pada masa sekarang. Apa tidaknya, setiap tahun berapa banyak model handphone baru yang mereka keluarkan, bukan?

Selain itu, tidak cukup dengan lambakan handphone Samsung, terdapat juga handphone tiruan yang bukan original seperti klon yang hampir 100% menyerupai yang original. Bagaimana cara untuk kita mengetahui sama ada Smartphone Samsung yang kita beli itu original atau tidak?

Apa tips atau cara mengetahui Smartphone Samsung Original atau tiruan atau klon? Bagaimana cara untuk mengelakkan membeli Smartphone Samsung yang tidak ORI (tiruan)?

  • Cara yang paling mudah untuk mengelakan membeli Smartphone Samsung yang original misalnya Samsung Galaxy S6 Edge ialah dengan membeli di Samsung Authorized Seller sahaja. Pembelian di Authorized Seller memang dijamin 100% Original.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang yang memilih untuk membeli Smartphone Samsung di Authorize Seller. Antara sebabnya ialah, tempat mereka tiada authorize Seller dan cuma ada kedai-kedai handphone yang biasa. Selain itu, faktor yang paling utama ialah dari segi harga dimana harga Samsung di authorize Seller biasanya lebih mahal berbanding di kedai-kedai biasa. Disinilah terdapat para peniaga yang cuba melakukan penipuan dengan menjual Smartphone tidak ORI kepada anda tanpa pengetahuan anda.

Tips Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original Atau Tidak

Cara Mengenal Smartphone Samsung ORIGINAL atau tidak:

  1. Semak no. IMEI yang terdapat di bahagian belakang Smartphone Samsung, atau
  2. Taip *#06# menggunakan smartphone tersebut, IMEI no. akan terpapar pada skrin anda.
  3. Sila semak no. IMEI tersebut untuk pengesahan di imej.info

ATAU, anda juga boleh cuba cara dibawah yang lebih mudah dan cepat:

  1. Taip *#0*#
  2. Klik button sensor
  3. Kemudian,klik image test
  4. Gambar anjing (dog) akan terpapar di skin Smartphone anda jika Smartphone anda original. Jika gambar lain yang keluar, maka Smartphone tersebut bukan ORIGINAL.

Tips Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original Atau Tidak

Note:

  • Handphone Original = gambar anjing
  • Handphone Taiwan 2nd class = gambar handphone
  • Handphone China low class = lain-lain gambar

Sekian sahaja tips cara mengetahui Smartphone Samsung original ataupun tidak. Semoga boleh membantu anda ketika ingin membeli handphone Samsung terbaru seperti Samsung Galaxy A7 dan mengelakan dari tertipu. Sebelum membeli mana-mana Smartphone yang baru, pastikan ianya berbaloi dan anda juga boleh ikut tips penting beli Smartphone untuk panduan anda.

One Reply to “Tips Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original Atau Tidak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *