Tips Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit Berkesan

Kongsi Tips Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit Berkesan. Masalah perut buncit memang menjadi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kaum lelaki dan mungkin juga wanita apabila meningkat dewasa lebih-lebih lagi setelah berumur 20 tahun ke atas.

Tips Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit Berkesan

Bagi lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin, kebanyakannya memiliki perut buncit hehe, kenyataannya memang begitu. Mungkin dalam mindset mereka, setelah berkahwin, mereka tidak berapa berminat untuk menjaga badan ataupun tidak ada masa. Tapi kalau lelaki/perempuan yang masih bujang (single), perut buncit mungkin akan menjadi salah satu faktor rasa rendah diri dan kurang keyakinan buat mereka ketika berhadapan dengan orang lain terutamanya kaum yang lain jantina (lelaki/perempuan).

Jom tengok beberapa tips cara mudah hilangkan perut buncit berkesan dan antara yang terbaik:

Elakan pengambilan makanan secara berlebihan

Ya, tidak dinafikan agak sukar untuk menahan diri daripada makan, tetapi kita kena cuba juga jika kita berazam untuk mengatasi masalah perut buncit. Apabila perut sudah terasa kenyang, berhentilah makan supaya tidak overload. Elakan atau kurangkan pengambilan makanan tambahan selepas makan seperti roti, biskut dan sebagainya. Kalau anda rajin berpuasa, ini juga adalah salah satu cara paling mudah menghilangkan perut buncit. Cuma jangan lepas puasa terus makan banyak-banyak, kalau macam itu memang tak hilang lah buncit itu.

Ambil makanan yang seimbang

Tubuh kita memerlukan peratusan karbohidrat yang tinggi selain daripada protein, lemak, zat galian, vitamin dan pelawas atau serat. Banyakan minum air, kurangkan makanan bergoreng (mee goreng, nasi goreng, cucur goreng, etc) makan buah-buahan dan sayur-sayuran, ambil makanan yang rendah lemak (low fat) dan kurangkan penggunaan garam dan gunakan minyak masak yang sedikit.

Keburukan garam berlebihan dalam badan ialah boleh menjadi penyebab serangan penyakit seperti serangan strok dan jantung. Elakan juga makanan yang manis seperti aiskrim dan kek cheese yang mengandungi banyak gula. Gula yang banyak boleh menyingkirkan zat galian dan vitamin dalam sistem tubuh kita.Tips Cara Mudah Hilangkan Perut Buncit Berkesan Terbaik

Minum air suam selepas makan

Tidak dinafikan majoriti daripada kita lebih suka minum air sejuk berbanding air suam. Sebenarnya, air sejuk walaupun sedap tetapi keburukan air sejuk ialah ia akan melambatkan pencernaan dalam tubuh kita. Air suam pula akan mempercepatkan lagi sistem pencernaan dalam tubuh dan lebih cepat adalah lebih bagus.

Bersenam atau bersukan

Cara paling berkesan yang ramai orang rekomen untuk cara hilangkan perut buncit ialah buat sit up beberapa kali dalam sehari, contohnya 15x sit up waktu pagi, 15x sit up waktu petang dan 15x lagi waktu malam. Lagi banyak sit up yang anda buat lagi bagus. Cara ini memang berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit tetapi juga sangat memenatkan dan perlukan keazaman yang tinggi untuk buat setiap hari.

Formula kurus dan pelan bakar lemak berkesan:

Cara mudah hilangkan perut buncit paling berkesan sudah pasti dengan mengawal nafsu makan kita dan jangan makan secara berlebihan. Akhir sekali jika anda betul-betul SERIUS untuk turunkan berat badan dengan cara yang efektif, anda boleh cuba panduan dan formula untuk kurus Β yang popular digunakan oleh orang sekarang ini di FormulaKurus.Com.Β 

p/s: Terbaru, orang Jepun berkongsi satu tips mengatasi perut buncit dan turunkan berat badan dalam masa 2 minit sahaja!

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com