Tips Cara Pemakanan Untuk Mengatasi Perut Buncit

Anda ingin tahu tips cara pemakanan untuk mengatasi perut buncit tak? Masalah perut buncit memang satu masalah yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia sama ada lelaki atau perempuan. Antara punca perut buncit yang paling popular ialah disebabkan tabiat pemakanan seseorang itu yang tidak elok.

Kebanyakan orang mempunyai tanggapan bahawa mereka yang inginkan susuk tubuh yang ideal dan mencegah perut buncit ialah dengan kurangkan pengambilan makanan. Okay, kuat makan adalah salah satu sebab perut buncit, tetapi anda mesti pernah berasa pelik kalau anda tengok rakan anda itu kuat makan tapi badannya tetap maintain dan bagus. Sebenarnya cara pemakanan kita juga memainkan peranan dan menyumbang kepada masalah perut buncit atau tidak.

Disini, kami berkongsikan sedikit tips cara pemakanan yang terbaik untuk mengatasi masalah perut buncit:

 Tips Cara Pemakanan Untuk Mengatasi Perut Buncit

Makan Dengan Perlahan (Slow & Steady)
Semasa makan, jangan terlalu cepat menelan makanan yang anda sedang makan. Kebanyakan orang bersikap tidak sabar dan gelojoh ketika makan terutama kalau menu makanan memang menyelerakan seperti Ayam Goreng Ala Kenny Rogers ataupun Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagilah. Seeloknya kita mengunyah makanan dengan lama sedikit bagi membolehkan ianya dicerna oleh sistem badan dengan mudah.Makanan yang tidak dicerna dengan elok atau sempurna akan menyebabkan perut kita kembung dengan gas yang terhasil dalam perut.

Minum Banyak Air Seharian
Minum air dengan banyak akan dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman dalam tubuh kita. Air juga mampu membantu menyingkirkan toksin dalam badan kita. Tubuh yang kekurangan air akan menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan menyebabkan perut mudah menjadi kembung.

Mengamalkan gizi sihat dengan Piramid Makanan Seimbang
Jika selama ini, kita mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat, maka tidak hairan kalau berat badan kita bertambah dan menyebabkan perut menjadi buncit. Sebaiknya, amalkan pengambilan gizi makanan seperti yang disarankan di Piramid Makanan Seimbang. Tips Cara Pemakanan Untuk Mengatasi Perut Buncit

Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan
Pengambilan garam yang terlalu banyak dalam makanan boleh menyebabkan penambahan ekstra sodium pada badan dan menyebabkan mekanisme yang mengeluarkan air dari badan menjad perlahan. Keadaan ini akan meyebabkan perut kita sentiasa terasa penuh dan menggelembung.

Mengambil Serat Dalam Pemakanan
Pengambilan serat seperti jagung, kacang merah, gandum, oat dan sebagainya membantu melancarkan sistem penghadaman kita serta mengatasi masalah sembelit daripada berlaku kepada kita. Sembelit ialah kesukaran untuk membuang kotoran atau benda tidak diperlukan oleh badan kita. Jika tidak dibuang, ianya boleh menjadi racun dan toksin kepada badan kita dan secara tidak langsung menyebabkan berat badan bertambah dan perut buncit.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com