Tips Cari Kerja Fresh Graduate, Tiada Pengalaman Kerja

Jom tengok tips cari kerja fresh graduate atau mereka yang tiada pengalaman kerja. Anda mesti gembira apabila bergelar fresh graduate sebab itu bermakna anda sudahpun berjaya menamatkan pengajian anda dengan jayanya. Walaubagaimanapun, selepas itu, anda mesti fikir akan halatuju hidup anda yang seterusnya. Anda mungkin dalam dilemma, sama ada ingin melanjutkan lagi pelajaran ataupun ingin bekerja. 

Jika anda ingin mencari kerja, anda mungkin akan mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan tiada pengalaman kerja yang mencukupi. Okey, mungkin adalah sedikit kalau masukan sekali pengalaman semasa praktikal/latihan industri semasa belajar.

Tips Cari Kerja Fresh Graduate, Tiada Pengalaman Kerja

Jom kita tengok beberapa tips cari kerja fresh graduate atau graduan yang tiada pengalaman kerja:

  • Tengok iklan cari kerja yang ada menulis tentang “fresh graduate are encourage to apply”. Jika ada maka mungkin company/syarikat tersebut mempertimbangkan lepasan graduan untuk bekerja dengan mereka. So, apply, jangan tak apply asalkan kelayakan yang diminta adalah sama dengan kelayakan anda. Pastikan anda selalu alert dengan iklan cari kerja kosong sama ada dari surat khabar, ataupun dari website cari kerja online dan media social.
  • Ambil kursus,skill atau program latihan yang ada ditawarkan oleh syarikat-syarikat atau badan-badan kerajaan/swasta. Mungkin ramai yang kurang berminat dengan program-program seperti ini disebabkan malas nak belajar semula ataupun tempoh program terlalu lama, tetapi sekiranya program tersebut menyatakan peserta akan diserap masuk untuk bekerja dalam bidang berkaitan selepas tamat program, maka jangan lepaskan peluang untuk memohon. Selain itu kursus-kursus skill atau kemahiran seperti kursus AutoCAD, boleh memberi added value dalam resume anda semasa meminta pekerjaan nanti.
  • Pastikan dalam resume jangan meletakkan expected salary yang tidak berapa logik bagi gaji fresh graduate. Lainlah kalau anda memiliki kemahiran atau skill yang rare dan memang sangat diperlukan oleh company tersebut, mungkin anda boleh up kan lagi expected salary anda dan bagi option untuk nego.
  • Soft skill memang paling penting sekali dalam tips cari kerja berkesan. Jika anda memang seorang yang lincah berkata-kata dan aktif semasa temuduga kerja, maka besar kemungkinan bakal majikan anda akan tertarik untuk mengambil anda bekerja. Tapi kalau soft skill anda kurang bagus, jangan putus asa sebab seperti kata orang practice make perfect. Anda perlu giatkan lagi usaha anda untuk memberikan yang terbaik dalam temuduga dan berlatih sehingga anda rasa selesa menjawab soalan wajib temuduga yang berkemungkinan besar ditanya kepada anda.

Last sekali  untuk tips cari kerja fresh graduate dalam entri ini, jika anda rasa sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang anda minat selepas habis pengajian, jangan putus asa. Anda boleh cuba cari pengalaman kerja dahulu dengan buat kerja biasa-biasa dulu. Contohnya kalau anda fresh graduate dalam bidang engineering, anda mungkin tidak dapat terus menjadi seorang engineer, so mungkin anda boleh menjadi technician atau assisstant engineer dulu dan mendapatkan pengalaman yang berguna untuk masa depan anda.

One Reply to “Tips Cari Kerja Fresh Graduate, Tiada Pengalaman Kerja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *