Tips Dan Petua Cara Hilangkan Kahak Dengan Berkesan

Hai semua, kali ini kami ingin berkongsi sedikit mengenai tips dan petua cara hilangkan kahak dengan berkesan. Pada musim cuaca yang tidak menentu ini, kadang-kadang panas terik dan tiba-tiba pula hujan lebat mesti ramai dikalangan kita yang berasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi kalau di siang hari, cuaca sangat panas dan kering, penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sakit tekak mula datang menyerang.  Seperti yang anda sedia maklum, apabila kita batuk, berkemungkinan besar kahak akan muncul dan jika kahak terkumpul banyak, akan menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan akan sentiasa ingin membuang kahak tersebut.

Jom kita tengok beberapa tips dan petua cara hilangkan kahak dengan berkesan dan mudah untuk diamalkan:Tips Dan Petua Cara Hilangkan Kahak Dengan BerkesanHilangkan Kahak Dengan Air Garam
Salah satu petua menghilangkan kahak ialah dengan berkumur dengan air garam. Caranya adalah campurkan garam dengan air suam dalam satu cawan dan kacau hingga larut dan sebati sebelum berkumur dengan air garam itu. Air garam ini juga merupakan salah satu carau untuk mencairkan kahak serta membersihkan tekak. Petua ini juga senang untuk diamalkan kerana garam biasanya senang untuk didapati di rumah.

Bawang Putih
Petua menghilangkan kahak yang selalau diamalkan ialah dengan menggunakan bawang putih. Tumbuk bawang dan kisar hingga hancur dan tapis untuk mengambil airnya. Sila minum air bawang tadi dengan menggunakan sudu dan anda akan terasa seperti kahak dalam tekak anda macam hilang atau berkurang.

Minum Air Suam Banyak-Banyak
Apabila kita batuk berkahak, tidak disarankan untuk meminum minuman sejuk sebaliknya kita disarankan untuk minum air suam banyak-banyak, Ini kerana air suam sedikit sebanyak boleh membantu mencairkan dan menghilangkan kahak serta membuatkan tekak kita rasa lebih lega.

Minum Air Jus Asam Jawa
Cara ini ialah dengan memasukan asam jawa pada cawan berisi air dan kacaukan. Selepas itu, anda boleh minum air asam jawa tadi untuk melegakan tekak dan mencegah kahak terkumpul.

Petua dan cara hilangkan kahak bayi pula ialah dengan menepuk belakang mereka di kiri dan kanan perlahan-lahan. Cara ini dibuat dalam keadaan bayi dalam posisi meniarap. Tujuannya adalah supaya melonggarkan kahak dalam paru-paru dan bayi biasanya akan batuk atau terbersin dan mengeluarkan sekali kahak mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com