Tips Hilangkan Demam Dengan Cepat

Sememangnya sangat berguna untuk mengetahui tips hilangkan demam dengan pantas. Demam merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh semua orang. Demam biasanya terjadi akibat cuaca yang tidak menentu, terdedah kepada cuaca panas, jerebu dan kena hujan. Biasanya demam ini akan mengambil masa selama beberapa hari (lebih kurang 3, 4 hari) untuk sembuh tapi ada juga yang mengambil masa lebih singkat mahupun lebih lambat lagi jika demam teruk.

Kali ini kami ingin kongsikan sedikit basic Tips Hilangkan Demam Dengan Cepat:Tips Hilangkan Demam Dengan CepatMINUM BANYAK AIR
Bila demam, minum air dengan lebih banyak lagi dari kebiasaan anda. Sebaiknya minum air suam dan cuba elakan minuman manis atau air bergas. Dengan minum banyak air akan membantu menyingkirkan sisa toksin dalam badan serta membuang haba ketia membuang air kecil. Minum banyak air = Lebih kerap buang air.

BALUT BADAN
Tujuannya adalah untuk mengeluarkan haba dan peluh dari badan anda. Apabila peluh keluar maka demam kita juga cepat pulih. Oleh itu balutlah badan anda dengan baju tebal ataupun selimut apabila demam dan biasanya demam anda akan cepat pulih. Cara ini memang selalu diamalkan oleh kebanyakan orang.

JUMPA DOKTOR
Selain daripada kedua cara tips hilangkan demam diatas, jika anda rasa demam, terus pergi jumpa doktor sebelum demam anda jadi teruk. Ini akan dapat menyembuhkan demam anda dengan lebih pantas. Tapi ingat, jangan main beli sebarang ubat takut demam anda makin teruk lagi!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *