Tips Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung (Hamil)

Adakah anda tahu jenis makanan penting untuk ibu mengandung atau hamil? Ibu yang mengandung perlukan pemilihan makanan yang baik untuk kesihatan si ibu dan juga janin dalam kandungan. Mungkin anda pernah mendengar orang katakan bahawa ibu yang hamil perlu makan dua kali ganda dari biasa iaitu untuk si ibu dan juga untuk kandungannya. Kenyataan itu sebenarnya tidak 100% betul kerana yang sepatutnya dikatakan  adalah ibu yang mengandung perlukan kandungan nutrisi penting yang dua kali ganda dari kebiasaan yang disarankan dalam Piramid Makanan Seimbang.

Ibu mengandung perlu menjaga kesihatan dirinya kerana jika si ibu tidak sihat, ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi dalam kandungannya. Disini, kami menyenaraikan beberapa jenis makanan penting untuk ibu mengandung yang bermanfaat kepada ibu dan juga kandungannya:

Panduan Tips Makanan Penting Untuk Ibu Mengandung (Hamil)

Nasi
Ibu yang sedang mengandung memerlukan karbohidrat yang banyak untuk mendapatkan tenaga yang lebih. Ini disebabkan ibu yang hamil biasanya akan merasa cepat penat atau lelah. Antara makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi ialah Nasi dan kentang.

Ikan Salmon
Antara nutrisi penting untuk ibu hamil ialah protein dan juga omega-3. Ikan laut seperti Ikan Salmon, ikan kembung adalah disarankan untuk dimakan oleh ibu yang mengandung. Ikan Salmon misalnya mempunyai kandungan merkury yang rendah dan sangat direkomen untuk dimakan oleh ibu mengandung.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi kandungan kolestrol baik yang tinggi yang membentuk lemak yang diperlukan untuk pembentukan lapisan perlindung untuk janin dalam perut ibu mengandung. Minyak zaitun juga mengandungi kandungan Omega-3 yang bermanfaat kepada ibu dan janin.

Telur
Telur mengandungi banyak manfaat dan nutrisi yang bermanfat dalam sebiji telur. Walaubagaimanapun, anda boleh elakan makan kuning telur dalam kuantiti banyak, sebaiknya makan putih telur sahaja jika anda mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan kolestrol.

Susu
Susu sangat penting sebagai sumber kalsium untuk pembentukan dan tumbesaran tulang bayi. Selain itu susu juga megandungi vitamin D yang bagus untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Bijirin
Masalah sembelit di kalangan ibu yang sedang mengandung adalah normal. Oleh biji-bijirin seperti gandum, Oat, popcorn (jagung) adalah disarankan untuk diambil oleh sebagai sumber serat untuk melancarkan sistem penghadaman selain membekalkan nutrisi penting seperti vitamin E, B1,zink, zat Besi dan kalsium.

Yogurt
Yogurt juga antara makanan penting untuk ibu mengandung. Khasiat yogurt untuk ibu hamil memang banyak sebab mempunyai banyak kandungan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kesihatan ibu dan juga kandungan. Yogurt mengandungi zat kalsium, low fat, vitamin D, protein dan lain-lain lagi. Yogurt membantu dalam tumbesaran bayi dalam kandungan serta memperkuatkan tulang bayi.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *