5 Tips Menghilangkan Migrain Daripada Doktor Pakar

Selalu kena migrain? Ini ada tips menghilangkan migrain yang boleh anda amalkan. Migrain adalah sejenis sakit kepala yang sangat tidak digemari oleh semua orang dan ianya boleh datang dengan tiba-tiba tanpa amaran. Sebelum ini kami ada terangkan mengenai apa itu migrain dan kali ini kami ingin berkongsi dengan anda akan 5 tips untuk menghilangkan migrain hasil perkongsian daripada pakar di New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop. Petua Tips Menghilangkan Migrain Dengan Cepat dan Pantas

Minum Air Kosong Dalam Kuantiti Banyak
Memang diakui bahawa banyak kelebihan air kosong kepada tubuh kita. Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain terutama ketika cuaca panas. Apabila anda kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan menyebabkan darah anda menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada bahagian otak. Menurut Doktor Alexander, tiada kuantiti atau sukatan air yang tepat yang harus diminum oleh seseorang manusia untuk mencegah dehidrasi kerana ianya adalah bergantung kepada banyak faktor seperti saiz dan berat badan, aktiviti seharian dan juga keadaan cuaca. Tip: Kalau air kencing anda bewarna kuning gelap, itu petanda tubuh anda kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak air lagi.

Kurangkan Pengambilan Kopi
Kurangkan minum kopi. andungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Doctor Alexander, kalau berniat untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari sahaja. Jangan pula tiap kali hendak minum, anda minum kopi.

Tidur Yang Cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya iaitu 6 hingga 7 jam dan sebolehnya jangan lebih atau kurang.

Membuat Senaman Atau Bersukan Sekurang-kurangnya 2,3 Kali Seminggu
Lakukan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi. Semasa bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain daripada itu, aktiviti bersenam juga boleh mengurangkan tekanan atau stress yang juga menyumbang kepada punca dan serangan migrain.

Makan Sayuran Hijau Dan Kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan anda kena migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan lebih kurang 400g magnesium sehari untuk mengelakkan daripasa terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda didapati daripada kekacang seperti kacang tanah, almond dan sayuran hijau seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya.

Semoga perkongsian 5 tips menghilangkan migrain ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menolong anda ataupun kenalan anda semasa kena migrain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *