Tips Pemilihan Hosting Sesuai Untuk Blog

Kriteria tips pemilihan hosting sesuai dan bagus untuk blog adalah sangat penting bagi memastikan blog anda berkembang dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

Ada beberapa faktor yang penting dalam pemilihan hosting sesuai untuk blog kita seperti harga, promosi,  disk space, bandwidth, jumpah trafik, limited resources CPU usage,  servis yang diberikan penyelia hosting dan juga review hosting.

Apakah faktor utama tips pemilihan hosting untuk blog?

Harga Hosting

Tidak dinafikan, faktor harga memainkan peranan yang penting ketika mahu membeli hosting. Jika Hosting A dan Hosting B memberikan kualiti servis yang sama tetapi hosting A menawarkan harga yang lebih murah, maka sudah pasti anda yang bijak akan membeli hosting A.

Disk Space dan Bandwidth

Jika anda seorang yang suka upload gambar atau video yang banyak, anda mungkin perlukan disk space yang besar untuk blog anda. Jangan sesekali beli hosting yang maksimum bandwidthTips Pemilihan Hosting Sesuai Untuk Blog kurang dari 5GB sebulan (pendapat peribadi admin). Bandwidth itu tidak akan cukup sebulan dan anda mungkin kena keluarkan duit untuk topup bandwidth atai blog anda tidak akan diaccess sehingga ke bulan seterusnya. Lagi besar bandwidth adalah lebih bagus, tetapi biasanya semakin besar bandwidth dan disk space, maka harga juga akan semakin mahal.

Jumlah trafik untuk blog

Jika sebelum ini anda menggunakan blogspot, jumlah trafik yang masuk bukanlah masalah untuk anda. Walaubagaimanapun, jumlah trafik memainkan peranan penting ketika mahu membeli hosting. Bagi kebanyakan blog yang trafik sehari lebih kurang 6000 unique visitor ke bawah, Shared Hosting sudah memadai. Selepas itu, kalau trafik anda semakin meningkat, Shared Hosting tidak dapat menampung blog anda lagi dan menyebabkan blog selalu down, anda kena pindah ke VPS hosting pula. Kalau trafik anda bertambah lagi dan melampau-lampau, katakan dalam 50000 uv sehari, VPS hosting mungkin tidak dapat menampung trafik anda dan anda perlu guna dedicated server pula sebagai jalan yang terakhir.  Walaubagaimanapun, bagi blog berbentuk personal dan bukan blog jenis berita atau hiburan, hosted hosting sudah lebih dari mencukupi.

Limited Resources CPU usage

Ini juga berkaitan dengan trafik, kalau terlalu ramai yang online di blog anda pada masa yang sama, kemungkinan blog untuk down adalah tinggi. Contohnya, shared hosting biasanya dapat menampung dalam lingkungan 300 user online pada satu masa dan akan down kalau jumlah user online makin meningkat. Punca trafik meningkat mungkin disebabkan post anda yang menarik ramai pembaca, contohnya gosip artis dan kemudian dipromote di fanpage  aktif yang jumlah liker sangat besar.

After Sale Servis Daripada Syarikat Hosting

Elakan membeli hosting daripada penyelia hosting yang mempunyai servis yang teruk terutama after sale servis dan juga ketika awal pembelian. Penyelia hosting yang bagus adalah daripada company yang menyediakan 24 jam teknikal servis dan anda boleh menghubungi mereka bila-bila masa. Maaf, bukan admin tidak menyuruh anda membeli hosting yang diuruskan secara perseorangan atau group yang kecil, tetapi pastikan dulu servis dan feedback mereka adalah cepat. Cara paling senang adalah anda hantar tiket kepada mereka dan tanyalah apa-apa saja, kalau mereka balas dalam tempoh kurang dari 30 minit, itu adalah dikira ok. Jangan mereka balas selepas berjam-jam atau lebih teruk lagi beberapa hari baru balas. Kalau kes macam ini, better tengok hosting yang lain.

Review Hosting

Pada zaman sekarang ini, internet adalah di hujung jari sahaja. Sila rajinkan diri untuk google review tentang hosting yang anda ingin beli dahulu daripada pengguna yang lain. Kalau review kebanyakannya negatif, silalah cari hosting yang lain. Tapi kalau anda ingin juga beli hosting tersebut, risiko adalah di tangan anda. Mana tahu orang guna tidak bagus tapi kalau anda guna pula okey je kan?

Promosi Hosting

Siapa yang tidak sukakan promosi bukan? Syarikat hosting biasanya membuat promosi sepanjang tahun dan ada di antara promosi yang dihebahkan dan ada juga promosi hanya dikongsi oleh orang-orang tetentu sahaja dan valid melaui link-link yang spesific sahaja. Jangan menyesal pula kalau lepas anda beli hosting, baru tahu ada promosi untuk hosting tersebut, tak ke rugi. Dari promosi, bolehlah kita save sedikit sebanyak duit kita. Majoriti besar promosi hosting di Malaysia dan juga di seluruh dunia menggunakan promotional code untuk valid. Ini adalah beberapa promosi hosting 2015 yang masih aktif sekarang ini: Promosi hosting Malaysia 2015

Pemilihan hosting yang bagus dan sesuai adalah sangat penting untuk blog kita. Dari pengalaman admin, admin pernah menggunakan beberapa hosting dan ada yang bagus dan ada juga yang sangat teruk dari segi servis dan performance  yang diberikan. Blog admin sekarang ini menggunakan hosting IViperhost,  setakat ini okey walaupun servis mungkin tidak sebaik dan sepantas hosting NetKL, DataKL, Internet-Webhosting atau Serverfreak. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai hosting-hosting di Malaysia ini, macam hosting A dan hosting B ini okey ke tak okey, anda boleh tanya di bahagian komen dan saya akan cuma bantu setakat yang saya tahu.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *