Tips Penting Beli Kereta Terpakai (Second Hand Car)

Adakah anda pernah membeli kereta terpakai? Anda tahu panduan dan tips penting beli kereta terpakai (Second hand car) di Malaysia ini? Kereta terpakai menjadi pilihan utama bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk memiliki sebuah kereta. Tidak lupa juga, kereta terpakai dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal menjadi daya tarikan yang menjadikan kereta terpakai laku di pasaran automotif.

Kereta terpakai menjadi pilihan student dan juga mereka yang baru bekerja dan memerlukan kenderaan untuk jangka masa yang singkat tetapi masih belum mampu membeli kereta yang baru. Berikut adalah beberapa panduan dan tips penting beli kereta terpakai (second hand) yang boleh dijadikan sebagai rujukan:

Tips Penting Beli Kereta Terpakai (Second Hand Car)

  • Sila rajin-rajinkan diri anda untuk keluar survey harga kereta terpakai murah di sekitar tempat anda. Perlu ingat bahawa harga kereta terpakai  adalah tidak seperti harga kereta baru yang tidak banyak berbeza. Harga kereta terpakai (Second Hand) boleh jadi murah dan juga mungkin agak mahal dari jangkaan kita.
  • Semak keadaan kereta yang ingin dibeli terlebih dahulu. Pastikan semuanya berkeadaan baik dan memuaskan.
  • Sila pandu uji kereta tersebut terlebih dahulu dan ambil perhatian akan sebarang keadaaan gegaran semasa memandu, bunyi gear box, suspension dan juga kelancaran pemanduan.
  • Jangan lupa tengok bahagian ekzos kereta untuk melihat keadaan asap kereta terpakai tersebut apabila dihidupkan. Sila ambil perhatian dengan warna asap yang keluar, kalau asap banyak keluar dan kelihatan berkepul-kepul, itu tanda kereta itu tidak berapa bagus.
  • Sila periksa sama ada kereta second hand itu pernah mengalami kemalangan atau tidak, dan jika pernah pastikan kerosakan yang berlaku telah diperbaiki sepenuhnya. Ini untuk jaminan keselamatan serta memastikan anda tidak perlu mengeluarkan duit pada kerosakan yang tidak anda ketahui semasa pembelian kereta ini. Jika owner asal kereta betul-betul jujur, mungkin dia akan beritahu anda apa masalah yang pernah berlaku pada kereta tersebut dan kemalangan yang pernah terjadi (walaupun susah untuk dapatkan jawapan sebenar, tapi tidak salah mencuba bertanya, bukan?)
  • Sila periksa warna kereta dan keadaan dalaman kereta, cari kalau ada kesan ketukan atau kemek yang mungkin susah untuk dilihat. Jika memang ada, tetapi anda masih juga ingin membeli kereta tersebut, mungkin anda boleh gunakan alasan it untuk mendapatkan harga yang lebih murah lagi. Pastikan semua keadaan dan function di kereta dalam keadaan bagus seperti lampu kereta dan brek.
  • Jika membeli kereta yang telah dimodifikasi, sila pastikan modifikasi yang dilakukan adalah menepati piawaian yang ditetapkan. Jika tidak, percuma kena saman JPJ nanti. Pastikan juga kereta tersebut telah lulus pemeriksaan di Puspakom.
  • Periksa harga semasa (current market) untuk kereta tersebut. Anda boleh membuat pencarian di internet dan bandingkan harga kereta dengan harga yang biasa orang tawarkan. Sila pilih Kereta terpakai murah atau kereta second hand murah dengan keadaan kereta yang bagus.
  • Warranty kereta terpakai (secondhand) perlu ada, jangan sesekali beli kereta terpakai yang tiada warranty sebab risiko agak besar. Warranty untuk kereta terpakai mungkin dalam sebulan keatas. Sila tanya dulu berapa waranty untuk kereta tersebut.
  • Pembelian kereta terpakai boleh dibuat secara tunai atau anda juga boleh membuat loan kereta terpakai (second hand) untuk mendapatkan kereta tersebut.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *