Tips Penting Naik Kapal Terbang Kali Pertama

Kami yakin anda pasti pernah tertanya-tanya dan ingin tahu mengenai tips penting naik kapal terbang iaitu apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa menaiki kapal terbang.  Entri kali ini adalah perkongsian sedikit Tips Dan Benda Perlu Dibawa Ketika Naik Kapal Terbang. Entri ini khusus untuk anda yang baru pertama kali hendak menaiki kapal terbang ataupun tidak berapa faham akan  prosedur naik kapal terbang.

Perkara paling asas ialah, anda kenalah beli tiket terlebih dahulu ke destinasi yang anda tuju contoh nya anda ingin shopping di Kuala Lumpur maka sudah pasti flight anda akan menuju ke KLIA atau KLIA2. Antara benda wajib dibawa sebelum naik kapal terbang ialah anda wajib membawa kad pengenalan (IC) serta passport (jika perlu). Jika semasa anda ingin menaiki kapal terbang, kad pengenalan anda hilang pula masa itu, anda kenalah pergi ke balai polis dan buat laporan. Barang-barang yang anda hendak bawa juga hendaklah dikemas terlebih dahulu di rumah dan simpan di beg atau bagasi.

Tips Penting Naik Kapal Terbang Kali Pertama

Pada hari penerbangan, apabila anda sampai di airport, perkara pertama yang anda kena buat ialah check in dan mengambil boarding pass anda terlebih dahulu sama ada di kaunter atau kiosk. Jika mahu lebih senang, anda boleh check in secara online semasa masih di rumah dan print boarding pass anda untuk dibawa ke airport. Anda mestilah ingat booking number korang sebab itu diperlukan untuk mengambil boarding pass. Satu lagi, anda jangan lewat untuk mengambil boarding pass sebab di sesetengah airport, anda mungkin didenda RM10 (atau lebih) kalau tidak silap dan the worst part ialah mungkin dilarang naik kapal terbang jika terlalu lewat. Contohnya, kalau flight korang akan berlepas pada pukul 8.00 pm, pastikan seboleh-bolehnya paling lewat sejam sebelum itu iaitu pukul 7pm anda sudah berada di airport dan sudah ada boarding pass.

Jila anda membawa bagasi atau beg besar bersama untuk diletakkan di kargo, anda hendaklah pergi ke kaunter dengan membawa beg itu dan kemukakan boarding pass dan kad pengenalan anda. Sebelum itu, bagasi anda perlu melalui mesin scan terlebih dahulu. Hanya bagasi yang anda tidak bawa bersama atau bagasi berdaftar ke tempat duduk di kapal terbang sahaja yang perlu di “scan” dan anda akan diberikan Tanda Pemeriksaan Bagasi. Kalau anda tidak membawa beg bagasi untuk diletakan di kargo, anda boleh terus pergi ke balai berlepas (departure hall) selepas anda check in.

Selepas semua itu selesai, anda perlu masuk ke balai berlepas (departure hall) mengikut masa boarding time yang tertera di boarding pass anda (biasanya boleh masuk awal dari masa yang tertera, tapi kalau lambat mungkin anda tidak akan dapat menaiki kapal terbang). Di balai berlepas, pemeriksaan melalui mesin imbas (scan) akan dilakukan keatas barang yang anda bawa untuk masuk ke tempat duduk anda dalam kapal terbang nanti seperti beg yang korang bawa dan tidak melebihi 7kg, laptop, handphone dan sebagainya. Pastikan anda padamkan (OFF)  dahulu barangan elektronik yang anda seperti Smartphone, Tablet, laptop/notebook dan sebagainya  sebelum melalui mesin scan.

Sekarang anda sudahpun berada di balai berlepas, seterusnya anda harus pergi ke gate mana yang anda patut tunggu. Jika anda tidak tahu, anda boleh tengok balik boarding pass korang tadi sebab semua maklumat ada di situ ataupun anda boleh tengok screen (departure & arriving)yang banyak diletakan di kawasan airport. Last sekali, anda hanya perlu tunggu masa untuk masuk ke kapal terbang dan masuk apabila pengumuman dibuat dan ikutlah orang berbaris masuk. Sekian sahaja tips penting naik kapal terbang dari kami.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com