Tips Penting Pemilihan Smartphone Sebelum Beli

Jom tengok Tips Penting Pemilihan Smartphone sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Adakah anda puas hati dengan Smartphone anda sekarang atau anda sedang berkira-kira untuk membeli Smartphone yang baru atau Smartphone kedua?

Sebelum membeli Smartphone,adakah anda tekankan kriteria penting memilih dan membeli Smartphone yang bersesuaian dengan anda atau pergi ke kedai dan tanya seller sahaja?

Jom kita tengok 10 kriteria tips penting pemilihan smartphone yang boleh dijadikan rujukan atau panduan sebelum kita mengeluarkan duit untuk membeli Smartphone yang baru.

Kriteria Tips Penting Pemilihan Smartphone Sebelum Beli

1)  Buat Survey Atau Kajian Terlebih Dahulu
Pada pendapat kami, adalah sangat digalakkan untuk setiap orang yang ingin membeli Smartphone untuk survey dahulu mengenai Smartphone tersebut di carian internet. Rajin-rajinkan diri anda untuk search dan mengetahui review mengenai Smartphone yang anda ingin beli termasuk kelebihan, kekurangan dan juga problem yang berbangkit mengenai Smartphone tersebut.

2)  Resale Value (Trade In Value)
Semasa membeli Smartphone baru, jangan fikirkan resale value sebab harga Smartphone memang tidak maintain lama dan akan turun selepas beberapa bulan. Selain itu, berbeza dengan 4,5 tahun yang lepas, sekarang ini agak sukar untuk mencari kedai handphone sekarang yang mahu membeli Handphone Second Hand (Terpakai). Jika adapun, mereka hanya menerima Smartphone tertentu sahaja dan harga offer memang sangat-sangat rendah.

3)  Spesifikasi, Operasi Sistem
Sekarang ini sudah banyak Smartphone yang mempunyai spesifikasi yang bagus dan competent. Ada yang menggunakan sistem operasi Android dan ada juga menggunakan iOS. Jika anda seorang yang pentingkan spesifikasi dan tidak memilih atau pentingkan brand atau jenama Smartphone seperti iPhone, Samsung, Sony dan HTC, ada banyak Smartphone harga murah tetapi berspesifikasi tinggi yang boleh anda pilih seperti Zenfone 2, Xiaomi Mi 4, Honor 6 Plus, Meizu M1 Note, Lenovo A7000 dan sebagainya. Antara spesifikasi penting yang selalu diberi perhatian ialah Sistem Operasi, Processor, RAM, Memori, Bateri dan Kamera.

4)  Bateri Tahan Lama
Kami tidak pasti sama ada anda seorang yang pentingkan daya tahan bateri untuk Smartphone anda. kami juga yakin ramai yang inginkan Smartphone yang baterinya boleh tahan lama untuk digunakan sepanjang hari sebab agak leceh kalau bateri low dan habis sebelum dapat balik ke rumah, bukan? Majoriti orang menganggap Capacity bateri dijadikan pengukur untuk daya tahan bateri Smartphone, dengan kata lain lagi besar kapasiti bateri dianggap lebih tahan lama. Sebenarnya, tanggapan itu dikira betul tetapi tidak tepat 100%. Ini kerana banyak faktor yang menyumbang kepada penggunaan bateri seperti saiz screen besar dan resolusi yang tinggi menggunakan lebih banyak power, berbanding saiz bateri yang kecil dan beresolusi rendah. Selain itu, Operasi Sistem, processor dan applikasi juga memainkan peranan masing-masing dalam penggunaan bateri. Oleh itu, jangan terkejut kalau ada Smartphone yang berkapasiti bateri lebih rendah tetapi tahan lebih lama berbanding Smartphone yang berkapasiti bateri lebih besar, contohnya bateri Sony Xperia Z3 Compact (2600 mAH) lebih tahan lama berbanding Samsung Galaxy Note 4 (3220 mAh).

5)  Harga Smartphone Mengikut Kemampuan
Kami tidak pasti akan keadaan kewangan anda, tetapi pastikan jika anda membeli Smartphone baru, anda tidak mengabaikan keperluan anda yang lain. Kalau gaji bulanan anda sekitar RM1500 sebulan, mungkin membeli iPhone 6 Plus atau Samsung Galaxy S6 Edge yang berharga RM3000 lebih bukan pilihan yang bijak buat anda. Walaubagaimanapun, tidak salah membeli Smartphone tersebut jika anda betul-betul berminat asalkan anda membuat perancangan awal dan sudah membuat saving untuk Smartphone kegemaran anda. Jangan hari ini beli, sebulan dua bulan kemudian menyesal sebab rasa tidak berbaloi.

6)  Cara Penggunaan Utama
Kalau anda suka mengunakan aplikasi yang berat atau kuat main games yang besar, maka sudah pasti anda perlukan Smartphone yang mempunyai processor dan RAM yang besar. Jika anda membeli Smartphone untuk tujuan untuk facebook, whatsapp, wechat, twitter, instagram dan untuk surf online sahaja, mungkin anda tidak ada keperluan untuk membeli Smartphone yang menggunakan processor tinggi melainkan anda memang minat Smartphone tersebut. Tetapi untuk anda yang kaki games dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang berat, digalakan untuk mengunakan processor yang tinggi bagi mengelakan masalah lagging atau hang semasa menggunakannya.

7)  Design Smartphone
Anda suka design Smartphone yang macam mana? Design Smartphone merupakan First Impression yang akan membuat kita tertarik atau tidak dengan Smartphone tersebut. Agak susah untuk mengetahui citarasa setiap orang, cuma anda sahaja yang tahu apa yang anda minat. Mungkin ada yang suka Smartphone menggunakan body Metal dan ada juga yang suka body plastik. Ada yang suka saiz yang besar dan ada juga yang suka saiz kecil. Tidak lupa juga ada yang suka memilih Smartphone yang ringan dan nipis supaya senang untuk dibawa kemana-mana.

8)  Connectivity
Sekarang ini ialah zaman 4G LTE, oleh itu kami berpendapat jika anda membeli Smartphone baru, terutama yang berharga RM1000 keatas adalah digalakan membeli Smartphone ada sokongan rangkaian 4G. Smartphone bawah RM1000 juga sudah ada banyak yang mempunyai sokongan ke atas 4G LTE ini seperti Zenfone 2 (RM599) dan Xiaomi Redmi 2 (RM449). Selain itu, pastikan Smartphone itu mempunyai WLAN support untuk anda gunakan WiFi, GPS untuk pergi kemana-mana dan microUSB untuk Smarphone anda. Selain itu, ada juga feature biasa yang mungkin tidak berapa penting seperti Bluetooth, NFC, Infrared dan sebagainya.

9)  Storage
Bagi kebanyakan orang, rasanya 16GB storage sudah cukup besar, tetapi kalau anda seorang yang suka simpan video banyak-banyak serta gambar yang banyak, mungkin anda perlukan storage yang besar. Sekarang Smartphone ada yang mempunyai storage tetap dan ada juga yang mempunyai kemudahan untuk penambahan memori seperti card slot. Sila check dulu spesifikasi Smartphone yang anda ingin beli atau tanya seller tentang memori Smartphone yang anda ingin beli.

10)  Water Resistant
Feature water resistant ini menjadi fenomena apabila Sony melancarkan Sony Xperia Z dahulu. FeaturKami berpendapat feature water resistant ini tidaklah begitu penting, tetapi boleh menjadi Wow faktor dan menarik perhatian pengguna untuk memiliki Smartphone kalis air. Kelemahan Smartphone kalis air ini ialah agak leceh untuk membuka penutup setiap masa kalau ingin mengecas Smartphone dengan charger dan juga boleh jadi longgar kecuali anda keluarkan duit lebih untuk membeli dock atau magnetic cable.

Sekian sahaja sepuluh (10) faktor atau kriteria tips penting pemilihan Smartphone pada masa sekarang yang boleh anda jadikan sebagai rujukan atau untuk menambah pengetahuan sedia ada. Selain daripada yang disenaraikan diatas, tidak dinafikan ada lagi faktor yang mungkin diambil kira oleh pengguna sebelum membeli Smartphone. Akhir kata, buatlah pilihan secara bijak dan berbaloi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *