Tips, Petua Cara Hilangkan Bulu Roma Yang Lebat Berkesan

Ada sesiapa yang mempunyai bulu roma yang lebat seperti di bahagian kaki dan tangan? Macam mana cara hilangkan bulu roma yang lebat? Okay, nanti kita akan berkongsi mengenai tips dan petua cara hilangkan bulu roma yang lebat dengan berkesan. Ada tak yang mengalami masalah bulu roma yang lebat dan teringin cari jalan untuk hilangkan bulu roma atau menjadikannya lebih halus?

Antara cara menghilangkan bulu roma dengan paling cepat dan paling selalu digunakan oleh orang tak kira lelaki atau perempuan ialah dengan mencukur bulu roma mereka. Tetapi, tahukah anda tabiat mencukur bulu roma dengan kerap adalah tidak digalakan dan boleh menjadikan kulit menjadi sensitif serta bulu roma yang tumbuh boleh menjadi lebih lebat lagi!

Tips, Petua Cara Hilangkan Bulu Roma Yang Lebat Berkesan
Tips dan Petua Cara Hilangkan Bulu Roma Yang Lebat Dengan Berkesan:

  1. Bahan-bahan yang diperlukan ialah air limau nipis dan gula pasir dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  2. Caranya ialah dengan mencampurkan air limau nipis dan gula pasir itu dan kacaukan sehingga rata dan sebati.
  3. Selepas itu, anda sapukan campuran bahan tadi ke bahagian yang anda ingin hilangkan bulu roma dan urut dengan pelahan-lahan.
  4. Jangan terus basuh tetapi biarkan dulu dalam masa lebih kurang 30-40 minit sebelum cuci dengan air bersih. Anda digalakan untuk mengamalkan cara ini 2 kali dalam sehari untuk hasil yang lebih bagus.
  5. Penggunaan cara ini dengan kerap akan menyebabkan bulu roma anda gugur dengan sendiri dan akan lambat tumbuh semula serta jika tumbuh, ianya akan tumbuh secara halus dan tidak selebat dahulu.

Selain daripada itu,sudah pastilah cara hilangkan bulu roma paling cepat ialah dengan mencukur bulu roma (tetapi biasa akan menggalakan pertumbuhan semula dengan lebih cepat lagi, huhu) dan juga dengan mencabut bulu roma sama ada secara teknik wax strips atau cabut macam itu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *