Tips Petua Cara Hilangkan Karat Di Baju Dan Kesan Dakwat

Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuang atau hilangkan karat di baju atau kesan dakwat di pakaian anda? Agak sayang kalau baju masih bagus terutamanya baju baru kelihatan buruk disebabkan kesan karat besi yang tidak mahu hilang walaupun sudah dibasuh atau dicuci berkali-kali. Last-last pakainan itu tersimpan sahaja di rumah dan ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli pakaian yang baru.Tips Petua Cara Hilangkan Karat Di Baju Dan Kesan Dakwat

Kalau jenis baju T-shirt itu kira okaylah sebab boleh je digunakan di rumah, tapi kalau baju kerja, baju kemeja atau baju pejabat yang kena, mesti ada yang rasa segan pula nak guna baju yang ada karat besi ini bukan? Lebih-lebih lagi kalau banyak tempat di baju yang ada karat besi itu!

Kalau anda pernah mengalami masalah pakaian terkena karat ini,apa kata anda cuba petua hilangkan karat di baju ini:

  1. Sediakan air garam dan limau nipis terlebih dahulu.
    Basuh pakaian dengan campuran garam dengan air limau nipis.
    Sila basuh di tempat yang terdapat karat yang ingin dihilangkan.
    Selepas itu, cuci seperti biasa.
  2. Letakan sabun pencuci sehingga menutup penuh kawasan yang ada karat.
    Kemudian, perahkan limau nipis/limau kasturi kepada kawasan karat tersebut.
    Tunggu beberapa minit dan anda boleh basuh dengan air sabun pencuci seperti biasa.

Manakala jika pakaian anda terkena dakwat, contohnya dari pen, anda boleh gunakan tips petua cara hilangkan dakwat di pakaian ini yang lebih kurang sama:

Tips Petua Cara Hilangkan Karat Di Baju Dan Kesan Dakwat

  1. Gunakan air limau dan titiskan pada kawasan yang terkena dakwat dan gosok secara perlahan-lahan. Biarkan dalam beberapa minit sebelum membasihnya seperti biasa.
  2. Bancuh susu dengan air dan biarkan pekat. Ambil baju atau pakaian anda yang terkena dakwat tadi dan rendamkan pada sus pekat tadi selama lebih kurang 20-30 minit. Selepas itu, basuh seperti biasa.

One Reply to “Tips Petua Cara Hilangkan Karat Di Baju Dan Kesan Dakwat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *