Tips Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Berkesan

Kami ingin berkongsi sedikit tips dan petua cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan dan cepat. Majoriti orang sekarang ini, apabila sakit gigi sudah kerap sangat datang dan sudah tidak dapat tahan sakit lagi, barulah ramai yang mahu pergi berjumpa dengan doktor. Kami yakin pasti ramai antara anda yang mengalami masalah sakit gigi, tetapi hanya sedikit sahaja yang ingin berjumpa dengan doktor gigi, bukan.

Walaubagaimanapun, kalau anda tidak dapat berjumpa dengan doktor gigi pada masa yang terdekat disebabkan hal-hal terterntu seperti perlu buat appointment dahulu ataupun kena pergi jauh untuk berjumpa doktor gigi, anda perlukan cara alternatif untuk kurangkan sakit gigi. Di bawah ini adalah beberapa tips dan petua cara hilangkan sakit gigi yang sering digunakan untuk meredakan sakit gigi:Tips Petua Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan BerkesanTeh
Anda mesti pernah minum teh uncang atau teh celup itu bukan? Alaaa, Teh yang cuma masukan saja dalam air panas tu. Teh uncang ini juga boleh membandu meredakan sakit gigi dengan meletakan uncang teh yang telah direndam dalam air panas di bahagian yang sakit gigi.

Air Garam
Air garam merupakan salah satu petua lama cara meredakan sakit gigi. Caranya ialah masukan sedikit garam kedalam secawan gelas berisi air panas dan kacau sehingga sebati. Tunggu sekejap sehingga air kurang panas atau suam sebelum anda guakan air garam tersebut untuk berkumur bagi menghilangkan sakit gigi anda.

Bawang Putih
Ambil dan hiris sedikit bawang putih dan letakan di tempat pada gigi anda yang sakit untuk beberapa jam (kira-kira 2 jam) dan sakit gigi anda akan berkurang sedikit.

Gambir
Gambir biasanya popular dengan produk kesihatan tenaga batin, tetapi gambir juga sebenarnya selalu digunakan dalam petua untuk melegakan sakit gigi. Caranya ialah tumbuk gambir hingga hancur dan gambir dalam air panas/suam. letakan pada bahagian gigi yang sakit dan anda akan mulai rasa sakit gigi anda menghilang.

Bunga Cengkih
Guna bunga cengkih dan letakan pada bahagian gigi yang sakit. Anda boleh gigit atau letakan pada bahagian gigi yang sakit dan biarkan beberapa lama. SSelepas itu, sakit gigi anda akan berkurang dengan sendirinya.

Lidah Buaya
Lidah buaya ini memang banyak sangat kegunaan kepada kehidupan seharian kita dan juga seperti di produk perubatan dan kecantikan. Lidah buaya juga terbukti boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi dengan menyapu gel ke bahagian yang sakit gigi. Walaupabaimanapun, cara ini sedikit susah bagi segelintir orang kerana ada yang tidak tahan dengan gel lidah buaya yang diletakan di dalam mulut.

Semoga petua cara hilangkan sakit gigi diatas boleh membantu meredakan sakit gigi anda. Tetapi anda perlu ingat, berbeza dengan sakit ulser mulut bahawa petua diatas cuma dapat meredakan sakit gigi anda buat sementara dan anda tetap masih perlu berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan masalah sakit gigi anda sepenuhnya.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *