Tips, Petua Cara Hilangkan Tahi Lalat Dengan Berkesan

Entri ini ialah tips dan petua cara hilangkan tahi lalat dengan berkesan. Pernahkah anda berfikir untuk membuang tahi lalat anda terutama tahi lalat yang boleh memudaratkan kita di kemudian hari iaitu tahi lalat hidup.

Adakah anda mempunyai tahi lalat di badan anda? Tahi lalat ini biasanya tumbuh di bahagian wajah dan juga bahagian-bahagian lain di badan seperti di leher, tangan, kaki, belakang badan dan sebagainya. Tahi lalat ini boleh menjadikan seseorang itu kelihatan lebih cantik/hensem dan juga boleh menyebabkan seseorang itu kelihatan hodoh jika tahi lalat tumbuh di tempat yang tidak diingini.

Anda mesti tahu bukan bahawa tahi lalat hidup ini memang sangat bahaya dan boleh mendatangkan penyakit seperti kanser kalau tidak dikawal. Tahi lalat mati pula tidak berbahaya dan tidak akan menyebabkan penyakit. Ia juga tidak akan membesar dan berubah saiz dan warna seperti tahi lalat hidup, tetapi mungkin apa yang menjadi masalah buat anda ialah tempat dimana tahi lalat itu tumbuh. Dibawah ini adalah sedikit tips dan petua cara hilangkan tahi lalat.

Tips, Petua Cara Hilangkan Tahi Lalat Dengan Berkesan

  1. Gunakan getah daun kemboja
  2. Sapukan getah daun kemboja pada tahi lalat yang ingin anda hilangkan
  3. Selepas itu, gunakan pembalut atau guna kapas untuk tampalkan tahi lalat yang telah disapu dengan getah daun kemboja tadi. Biarkan untuk beberapa lama.
  4. Sila ulang dan amalkan setiap hari dan anda akan boleh menyaksikan perubahan sedikit demi sedikit pada tahi lalat anda dimana tahi lalat anda akan terasa seperti hendak tanggal.
  5. Tapi anda jangan tergesa-gesa dan ulang langkah-langkah diatas setiap hari sehingga tahi lalat anda akan pandai tertanggal sendiri. Kalau tergesa-gesa, takut pula tahi lalat tu tumbuh balik, anda pasti tak nak bukan?

Itu sahaja tips petua cara hilangkan tahi lalat. Jika anda rasa ingin untuk membuang tahi lalat di badan anda tetapi anda tidak mahu bersusah-susah menggunakan petua lama, anda boleh sahaja buang dengan menggunakan rawatan laser buang tahi lalat. Harganya juga tidak mahal kalau tak silap masih lagi di bawah RM100. Anda juga boleh mengetahui rahsia tahi lalat anda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *