Tips Petua Cara Hilangkan Toksin Dalam Badan Kita

Bagaimana cara hilangkan toksin dalam badan kita? Tahukah anda, orang dulu-dulu memang mengetahui akan kepentingan membuang toksin dalam badan bagi membantu menjadikan badan kita lebih sihat dan cergas.

Ada banyak produk yang dijual di pasaran yang boleh membantu membuang toksin dalam badan kita malah ada juga ada produk yang tiruan yang kononnya boleh membuang toksin tetapi sebenarnya tidak.

Kembali kepada tajuk, ini adalah sedikit tips dan petua membuang toksin badan atau cara hilangkan toksin dalam badan dengan mudah dan senang untuk dilakukan:

Bahan-Bahan:

  1. Sebiji buah epal hijau
  2. Daun seleri atau saderi

Petua Buang dan Cara Hilangkan Toksin Dalam Badan Dengan Berkesan

Cara-caranya ialah seperti berikut:

  1. Mula-mula kisarkan Kisarkan epal hijau dan juga daun saleri atau saderi.
  2. Selepas itu, ambil jus yang terhasil dan anda boleh minum setiap hari sebaik-baiknya pada waktu pagi.

Bagaimana cara ini boleh membantu menyingkirkan toksin dalam badan? Dengan meminum jus epal hijau dan daun saleri ini, jus tersebut boleh membantu menyingkirkan toksin melalui sistem pencernaan. Untuk pengetahuan anda, epal hijau yang mempunyai zat yang masam boleh bertindak sebagai agen pembersih yang bagus dan berkesan. Kaedah ini juga adalah sesuai untuk anda yang mempunyai masalah penghadaman atau sembelit.

Selain itu, anda juga boleh membeli atau membuat sendiri air detox yang sangat popular digunakan oleh orang ramai pada zaman sekarang disebabkan kebaikan dan khasiat air detox yang memang terbukti boleh meningkatkan tahap kesihatan kita serta bertindak sebagai salah satu cara hilangkan toksin dalam badan kita.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *