Tukar Minyak Hitam Motosikal (Minyak Pelincir)

Tukar minyak hitam motosikal memang sudah menjadi rutin bagi pengguna atau pemilik motosikal sama ada motosikal mahal atau motosikal murah. Biasa kalau bawa motosikal sudah tidak berapa lancar atau smooth, baru ramai orang akan mula terfikir untuk tukar minyak hitam.

Berapa kali kena tukar minyak hitam baru? Sebenarnya, tukar minyak hitam motosikal harus dilakukan selalu bergantung dengan cara penggunaan kita. Ada orang menukar minyak hitam sebulan sekali, dua bulan sekali dan ada juga yang tukar 4, 5 bulan sekali (tidak digalakan). Penggunaan yang kerap bermakna perlu menukar minyak hitam dengan lebih kerap namun kadang-kadang bergantung kepada mileage perjalanan motosikal juga. Seeloknya tukar minyak hitam motosikal setiap 2000km hingga 3000km sekali atau 3 bulan sekali bergantung kepada mana yang lebih cepat. Kalau anda ada duit lebih dan memang sangat sayangkan motosikal anda, tukar setiap 1000km lagi bagus.

Mengapa fungsi Tukar Minyak Hitam Motosikal (Minyak Pelincir)

Minyak hitam (4T) ini biasa dijual pada harga lebih kurang RM30 di bengkel untuk yang 1liter. Ada banyak pilihan contoh minyak hitam di pasaran yang boleh anda pilih seperti Castrol, Shell Advance VSX, Motul, Gold Power dan sebagainya. Kelikatan minyak hitam boleh dilihat di bekasnya seperti 20W-40/50, 10W-40/50 dan sebagainya. Bagi admin, admin guna yang 20W-40 sahaja biasanya untuk motosikal Yamaha 135LC admin.

Fungsi minyak pelincir ini adalah untuk melancarkan pergerakan enjin motosikal. Apabila minyak pelincir tidak sampai ke bahagian yang memerlukan pelincir ini atau lambat sampai disebabkan pelincir yang sudah expired, maka enjin akan mudah menjadi lebih panas (pelincir juga berfungsi menyejukan enjin). Selain itu, akibat minyak hitam tidak ditukar yang expired ini juga bakal menyebabkan hakisan pada komponen-komponen dalam enjin dan menyebabkan performance enjin menjadi kurang disebabkan kehilangan kuasa dan menjadi berat. Enjin juga kadang-kadang susah mahu hidup. [Apa sebab enjin motor tidak dapat start?]

Kalau anda tukar minyak hitam motosikal di bengkel, mungkin anda juga mahu tukar sekali filter oil jika sudah kotor (hitam). Harga filter oil yang biasa cuma Rm7 -RM9 sahaja. Kalau anda rajin, anda juga boleh tukar minya hitam ini sendiri tetapi admin biasa buat di bengkel sahaja sebab free sahaja dan cuma perlu bayar harga minyak hitam tanpa servis caj tambahan.

12 Replies to “Tukar Minyak Hitam Motosikal (Minyak Pelincir)

  1. Saya biasanya tukar 2 bulan sekali. Dulu tukar sendiri (sebab nak simpan minyak hitam) tetapi kini dah tukar di kedai saja. Dia pun (tuan kedai) tidak cas untuk tukar minyak pelincir.

  2. Sy tukar minyak hitam sendiri sbb kalu kt kdai mekanik buat nk cepat je..minyak hitam tu blom habis dibuang mekanik dh ttup skru bwah dn trus nk bubuh myk baru..kadang2 tu isi myk it am pn terlebih.. huhu

  3. Sy pernah cuba minyak M7, Castrol, Petronas, Motul .. Semua yg sy pakai jenis 10W. Setakat ni paling sedap n smooth sy pakai dkt moto Lagenda 115z injection
    1) M7 -memang puas hati start enjin dgn jln jauh pun tadahal.
    2) Motul – lebih kurang mcm M7 jgk lah.
    3) Castrol
    4) Petronas – boleh la nk pakai tapi mcm kurang skit la rsa dia.

    * semua minyak enjin yg sy sebut tu boleh tahan mahal sikit harga dia kalau kat kedai2 ni, so sy beli dkt lazada je. Lazada pun ada jual la xpun mudah ada gak. Benda sama kat kedai kalau bleh dpt yg murah better beli yg murah je xpayah bazir duit. Tpi M7 tu kat kedai setakat ni x rmai org jual.

  4. Tmpg tnya… adik ipar sya tersalah guna minyak hitam… motor sya hanya modenas mr1, tetapi terpakai 4t ax5 scooter 15-40…. ada apa2 ka yg berlaku???

  5. assalam… kalo beli minyak 4t 1liter nk isi 800ml je ke… atopon 1 liter trus… bkn ape, tertanye2 mne yg ntl sbb ade kate 800ml je isi tgglkn skit jgn isi full 1 liter…. sy bru pkai 135lc v4 ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *