Dapatkah anda mengetahui petanda pasangan anda berbohong kepada anda? Selalukah anda ditipu atau dibohongi oleh teman lelaki atau teman wanita anda? Jika difikirkan pada zaman sekarang ini, agak mustahil jika seseorang itu tidak pernah berbohong sepanjang hidupnya (tidak mengira pembohongan kecil atau besar). Jika anda merasakan alasan atau kenyataan yang diberikan oleh pasangan anda kedengaran seperti tidak masuk akal, mungkin anda akan menyesaki sesuatu bukan.
Dibawah ini adalah beberapa tips atau cara mengenal tanda-tanda pasangan anda berbohong kepada anda:1) GAGAP
Apabila seseorang yang bercakap dengan lancar tiba-tiba gagap, ianya merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar dia sedang berbohong. Oleh itu, kalau anda bertanya kepadanya dan dia gagap untuk menjawab, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
2) MENYENTUH HIDUNG
Bila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Keadaan ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.
Oleh itu, apabila dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
3) MENUTUP MULUT
Terdapat segelintir orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong.
Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi kita biasanya sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata bohong atau dusta, tangan cuba menghalang atau mencegahnya.
4) RESAH
Orang yang berbohong sering berasa gelisah dan selalu mengubah kedudukannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, dia berkemungkinan sedang berbohong atau berselindung.
5) PERGERAKAN MATA
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Jadi, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin petanda dia sedang berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerdipan mata yang normal sahaja menunjukkan dia tidak berbohong.
6) LAMBAT MEMBALAS SOALAN
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya.
Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut sedang berbohong atau menyembunyikan sesuatu.
Jadi, itulah beberapa cara untuk mengenalpasti sama ada pasangan anda berbohong kepada anda ataupun tidak.