Plan Celcom Mobile Internet Kini Tiada Caj PPU (Pay Per Use)

Good news bagi semua pengguna planĀ Celcom mobile internet. Celcom sudahpun memansuhkan Charge Pay Per Use (PPU Celcom) yang akan diaktifkan secara automatik apabila kuota internet kita sudah habis. Kini, anda tidak perlu risau kehilangan kredit secara tiba-tiba atau tanpa disedari akibat terlupa untuk topup kuota internet anda yang sudah habis.

Mungkin disebabkan terlalu ramai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan Celcom yang mengenakan caj PPU untuk Plan Internet mereka, maka Celcom mengambil keputusan untuk memansuhkan charge PPU berkuatkuasa dari 16 March 2015.

Plan Celcom Mobile Internet Kini Tiada Caj PPU (Pay Per Use)

Apa kelebihan Plan Internet Celcom terbaru ini dengan pemansuhan caj PPU (Pay per Use)?

  • Kelebihan Plan Celcom dengan tiada caj PPU ini ialah boleh menyelamatkan kredit kita daripada hilang begitu sahaja.
  • Yang paling penting ialah, Customer masih boleh menggunakan internet selagi tempoh langganan mereka masih valid walaupun sudah kehabisan kuota. Walaubagaimanapun, speed internet Celcom akan menjadi pelahan dengan cuma 64kbps. Speed ini memang slow, tetapi masih cukup untuk social seperti Whatsapp, Wechat dsb.

Jadi dengan pemansuhan PPU Celcom ini, pasti ramai pelanggan Celcom yang merasa sedikit lega berbanding sebelum ini. Jika anda bukan pelanggan Celcom tetapi ingin bertukar kepada Celcom, anda mungkin berminat untuk mengetahui pakej plan Celcom Mobile Internet yang memang sangat murah berbanding telco yang lain: Plan Terbaik Celcom Mobile Internet Terkini

One Reply to “Plan Celcom Mobile Internet Kini Tiada Caj PPU (Pay Per Use)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *