Makluk raksasa, Sotong Gergasi Ditemui Di Pulau Seram, Indonesia. Penduduk di Pulau Seram Indonesia dikejutkan dengan penemuan makluk gergasi sepanjang 15 meter di pantai pulau tersebut. Sotong gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan, Asrul Tuanakota di bahagian utara Pulau Pulau Seram di Wilayah Maluku, Indonesia.
Pada mulanya, dia menganggap benda itu adalah sebuah bot karam yang hanyut ke situ. Walaubagaimanapun, makluk berkenaan dipercayai sudah mati 3 hari lalu sebelum terdampar ke pantai pulau seram.
Para penduduk mula membanjiri pantai tersebut untuk melihat dengan mata sendiri bangkai makluk yang mulai mengeluarkan bau busuk dan telah berubah warna itu. Penduduk juga meminta kerajaan untuk membantu mereka mengalihkan bangkai berkenaan.
Masih tidak dapat dipastikan dari mana asal sotong gergasi berkenaan sebelum bangkainya terdapar di pulau tersebut.
Dulu juga pernah digemparkan dengan penemuan ular raksasa di Brazil yang didakwa mengatasi rekod ular terbesar dunia. Pada awal tahun ini juga, satu makhluk misteri telah ditemui di sebuah pantai di Filipina yang telah mengejutkan penduduk tempatan sehingga pelbagai spekulasi mengatakan bahawa makhluk dua tan itu sejenis dugong sebelum ianya disahkan sebagai ikan paus yang sudah mereput. – kakipromo.com